23 Jun
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| << | Jun | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| 2008 | ||||||
23 Jun merupakan hari ke-174 (hari ke-175 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 191 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Jaaniõhtu di Estonia
- Jāņi diadakan di Latvia kuno
- Perayaan Santo Jonas di Lithuania
- Hari Lahir Grand Duke di Luxembourg.
[sunting] Peristiwa
- 1713 - Selepas Perang Ratu Anne, penduduk Perancis di Acadia diberikan setahun untuk mengisytiharkan kesetiaan kepada Britain atau meninggalkan Nova Scotia.
- 1887 - Taman Negara Banff (gambar) ditubuhkan, dan menjadi taman negara Kanada yang pertama.
- 1894 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa diasaskan di Sorbonne, Paris.
- 1941 - Kemerdekaan Lithuania 1941: Ahli-ahli Barisan Aktivis Lithuania mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.
- 1985 - Sebutir bom memusnahkan Penerbangan 182 Air India di atas Lautan Atlantik, membunuh kesemua 329 orang di dalam kapal terbang.
- 1991 - Sega melancarkan Sonic the Hedgehog di Amerika Syarikat dan Eropah, memulakan francais yang telah menjual lebih 45 juta salinan permainan video ini dan susulannya.

