Kesatuan Demokratik Kristian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kesatuan Demokratik Kristian Jerman
Christlich Demokratische Union Deutschlands
Ketua Angela Merkel (Canselor)
Diasaskan 1945
Ibu pejabat Klingelhöferstraße 8
10785 Berlin
Akhbar Union
Sayap belia Junge Union
Keahlian  (2013) 469,575[1]
Ideologi Demokrasi Kristian,[2]
Konservatisme liberal[2]
Kedudukan politik Pertengahan kanan[3]
Penggabungan nasional CDU/CSU
Penggabungan antarabangsa Centrist Democrat International,
Kesatuan Demokrat Antabangsa
Penggabungan Eropah Parti Rakyat Eropah
Kumpulan Parlimen Eropah Parti Rakyat Eropah
Warna rasmi Hitam (adat)
Jingga (rasmi)
Bundestag
255 / 630
Parlimen Kawasan
562 / 1,875
Parlimen Eropah
34 / 99
Ministerpräsident negeri
5 / 16
Tapak web
www.cdu.de
Politik Jerman
Parti politik
Pilihan raya

Kesatuan Demokratik Kristian Jerman (Bahasa Jerman: Christlich Demokratische Union Deutschlands, CDU; Sebutan bahasa Jerman: [ˈkʁɪstlɪç ˌdemoˈkʁaːtɪʃə uˈni̯oːn ˈdɔʏtʃlants]) ialah parti politik kedua terbesar di Republik Persekutuan Jerman mengikut jumlah anggota. Sebagai parti yang mengamalkan politik sayap kanan dan tengah, parti demokrasi Kristian dan konservatisme liberal ini turut menganggotai Parti Rakyat Eropah dan juga Kesatuan Demokrat Antabangsa (IDU). Parti ini bergiat aktif di semua negeri di Jerman kecuali di Bavaria. Peranannnya di situ dijalankan oleh Kesatuan Sosial Kristian di Bavaria (CSU). Kedua-dua parti ini bergabung di peringkat persekutuan dengan membentuk satu kumpulan di Bundestag. Kombinasi CDU/CSU ini secara amnya dipanggil Die Union atau Kesatuan.

Parti ini sering mempromosi fahaman konservatif yang disesuaikan dengan ciri-ciri kebajikan sosial yang telah menebal di Jerman. Mereka turut dilihat sebagai pro-perniagaan, lebih-lebih lagi apabila bergabung dengan sekutu tradisi mereka - Parti Demokratik Bebas (FDP). Kali terakhir mereka bergabung membentuk kerajaan ialah sepanjang tahun 1982 - 1998 di bawah pimpinan Canselor Helmut Kohl.

Parti ini, yang dipimpin oleh Canselor Jerman Angela Merkel, kini mengetuai kerajaan campuran sejak pilihan raya umum 2005 yang menyaksikan tiada satupun daripada dua gabungan tradisi CDU-FDP dan SPD-Hijau berjaya memperoleh majoriti mudah. Kedudukan CDU/CSU semakin kukuh dalam pilihan raya 2009 (239 kerusi) dan 2013 (311 kerusi dan 42% undi). Ia keputusan terbaiknya dalam masa 23 tahun.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Mitgliederzahlen: SPD baut Vorsprung gegenüber CDU aus". Spiegel Online. http://www.spiegel.de/politik/deutschland/bei-mitgliederzahlen-der-parteien-liegt-spd-vor-cdu-a-916899.html. Capaian 2013-08-16. 
  2. 2.0 2.1 Wolfram Nordsieck. "The database about parliamentary elections and political parties in Europe". Parties-and-elections.eu. http://www.parties-and-elections.eu/germany.html. Capaian 2012-06-03. 
  3. Boswell, Christina; Hough, Dan (April 2008). "Politicizing migration: opportunity or liability for the centre-right in Germany?". Journal of European Public Policy 15 (3): 331–48. doi:10.1080/13501760701847382. 
  4. Merkel begins search for coalition partner after election win, Financial Times, 23 September 2013
  5. "Merkel menang besar", 24 Sep 2013. Dicapai pada 25 September 2013. 
Flag of Germany.svg Rencana berkaitan Jerman ini merupakan rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.