Keunikan kebudayaan Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Setiap negara mempunyai keunikan dalam kebudayaan bangsa masing-masing. Tiada negara yang boleh menandingi kebudayaan satu sama lain. Kebudayaan Jepun adalah salah satu negara yang memiliki keunikan tersendiri. Kebudayaan Jepun mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan negara-negara di Asia. Walau bagaimanapun, negara Jepun juga turut memasukkan kebudayaan negara-negara Barat dalam beberapa aspek tersendiri. Oleh itu, kebudayaan Jepun adalah salah satu kebudayaan yang amat unik dan serba boleh.

Ciri-ciri budaya Jepun[sunting | sunting sumber]

  1. Kecomelan
    • Ketaksuban terhadap budaya kawaii bermula pada tahun 1970-an pada kemuncak pertumbuhan ekonomi Jepun. Pada tahun 70-an agensi pengiklanan Jepun menyempurnakan seni halus pemasaran massa dalam mengembangkan budaya kawaii dalam kalangan masyarakat di Jepun.
    • Budaya ini berjaya memasuki hati, minda dan dompet pelanggan dengan mempamerkan watak-watak yang comel dan disayangi. Melalui pemasaran ini, jika seseorang memilih untuk mengikuti budaya kawaii kerana watak kartunnya yang menarik, itu adalah petanda mereka sudah bertukar menjadi Jepun. Hebatnya, tanda amaran Jepun pun comel.
      Ini adalah salah satu papan tanda yang boleh didapati di Jepun. Papan tanda ini dihiasi dengan lukisan-lukisan kucing.
      Papan tanda Jepun yang comel
  2. Otaku
    • Otaku ialah fanboy Jepun (nerds). Orang Jepun tidak menyukai imej gila yang telah dibawa oleh Otaku ke negara ini kerana secara hakikatnya, Jepun tidak gila. Untuk sebahagian besar, subkultur Otaku bukannya gila tetapi kebanyakan obsesi Otaku hanyalah budaya pop yang menarik.
  3. Khidmat pelanggan di Jepun
    • Jepun mempunyai industri perkhidmatan terbaik di dunia. Perkhidmatan Jepun (hampir selalu) dipenuhi kesopanan dan kerajinan. Selalunya, perkhidmatan Jepun tidak bermotifkan tip tetapi perkhidmatan yang hebat di Jepun mempunyai tujuan kebaikan sendiri.
Servis khidmat pelanggan dalam keretapi di Jepun