Kebudayaan Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kebudayaan Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon yang kukuh dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Mula-mulanya China dan Korea banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budaya Yayoi sekitar 300 SM. Gabungan tradisi budaya Greece dan India, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejak abad ke-6 Masihi, dilengkapkan dengan pengenalan agama Buddha mazhab Mahayana. Sejak abad ke-16, pengaruh Eropah menonjol, disusuli dengan pengaruh Amerika Syarikat yang mendominasi Jepun setelah akhirnya Perang Dunia Kedua.

Jepun turut mengembangkan budaya yang original dan unik, dalam seni (ikebana, origami, ukiyo-e), kraftangan (anak patung, tembikar, persembahan (boneka bunraku, tarian tradisional, kabuki, noh, raku-go), dan tradisi (permainan Jepun, onsen, sento, majlis teh, kebun Jepun), serta makanan Jepun yang unik sekali.

Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar. Anime, manga, fesyen perfileman, kesusasteraan, permainan video dan muzik Jepun menerima sambutan hangat di seluruh dunia, terutama di negara-negara Asia yang lain. Pemuda Jepun gemar mencetus trend baru dan kegemaran mengikut gaya mereka mempengaruhi fesyen dan trend seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian geir kepada barang-barang pengguna elektronik yang baru, di mana gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk pengedaran seluruh dunia.

Baru-baru ini Jepun mula mengeksport satu lagi komoditi budaya yang bernilai: ahli sukan. Populariti pemain besbol Jepun di Amerika Syarikat meningkatkan kesedaran warga negara Barat tersebut terhadap segalanya mengenai Jepun.

Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan jepun menumpu kepada peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dan sashimi pada musim panas, manakala ramen panas dan shabu-shabu disediakan pada musim sejuk.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]