Kumpulan Stings: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Buat asal Dibalikkan
Teg-teg: Manual revert Dibalikkan
Baris 53: Baris 53:
* ''Rahsia Cinta'' (1998)
* ''Rahsia Cinta'' (1998)
* ''Ku Sapu Air Mata Perpisahan'' (1999)
* ''Ku Sapu Air Mata Perpisahan'' (1999)
* ''Timang Timang'' (1999)
* ''Timang Timang'' (2000)
* ''Satukah Kita'' (2001)
* ''Satukah Kita'' (2001)



Semakan pada 09:53, 29 April 2024

Stings
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Arriesa (1988–1991)
Berasal dariSeremban,  Negeri Sembilan,  Malaysia
GenreSlow rock, rock progresif, balada
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakaman
MSO
Pengkarya berkait
Lan Laga, berkumpulan
AhliAmar (vokal)
Poey (vokal)
Rushdie (gitar utama)
Aleem (bes)
Amy (keyboard)
Azul (dram)
Bekas ahliShah (vokal)
Din (gitar utama)
Anuar (gitar kedua)
Epul (gitar kedua)
Am (bes)
John (bes, pernah menyertai Lestari)
Wazir (dram)
Zali (dram)

Stings merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif pada era 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Berasal dari Negeri Sembilan, kumpulan ini terkenal menerusi lagu-lagu hit seperti Adakah Kau Setia, Dalam Diam Aku Mencintaimu, Kau Tetap Ku Hajati dan Ku Sapu Air Mata Perpisahan.

Latar belakang

Stings ditubuhkan pada tahun 1988 di Seremban oleh pemain bes Aleem bersama-sama Rushdie selaku pemain gitar utama, Azul selaku pemain dram dan Shah selaku penyanyi utama, kesemuanya membentuk barisan keanggotaan yang asal. Pada waktu itu, kugiran ini dikenali dengan nama Arriesa dan mereka aktif membuat persembahan di majlis-majlis kenduri di sekitar Seremban.

Arriesa dijenamakan semula dengan nama baharunya, Stings pada tahun 1993. Mereka mengikat kontrak bersama Musical Sound Organisation Sdn. Bhd. (MSO) dan terus merakamkan album pertama. Ketika proses rakaman berbaki 50%, Shah menarik diri dari Stings atas alasan peribadi, menyebabkan kerja-kerja rakaman tergendala sementara waktu untuk mencari penyanyi gantian. Akhirnya, penyanyi dari Sungkai, Perak, Hasri Hashim, juga dikenali sebagai Poey diserap masuk oleh Lan Laga sebagai teraju baharu kumpulan Stings dan rakaman diteruskan untuk album sulung mereka, Hajat. Dari tahun 1995, Stings menampilkan barisan anggota-anggota baharu yang saling bersilih ganti antara satu sama lain.

Lagu Kepadamu Kekasih Hati menjadi hits yang melonjak nama Stings dalam persada industri muzik Malaysia.

Keahlian

Barisan keanggotaan asal

  • Shah (penyanyi)
  • Rushdie (gitar utama)
  • Aleem (bes)
  • Azul (dram)

Ahli-ahli baharu

  • Poey (penyanyi; lahir 3 Januari 1968)
  • Din (gitar utama)
  • Anuar (gitar kedua)
  • Epul (gitar kedua)
  • Am (bes)
  • John (bes)
  • Wazir (dram)
  • Zali (dram)

Diskografi

Album-album studio

  • Hajat (1994)
  • Ingatku Dalam Doamu (1995)
  • Adakah Kau Setia (1996)
  • Cinta Memerlukan Kesetiaan (1998)
  • Rahsia Cinta (1998)
  • Ku Sapu Air Mata Perpisahan (1999)
  • Timang Timang (2000)
  • Satukah Kita (2001)

Album-album kompilasi

  • Koleksi Hits' (1997)
  • Koleksi Hits 2 (2002)
  • Memori Hits Stings 1994–2001 (2005)
  • Memori Hits 3 - Kumpulan Pop Rock Terhebat (bersama kumpulan-kumpulan Scan dan Slam, 2009)

Pautan luar