Khlong Na

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khlong Na
Klong Na, Sungai Khlong Na
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Balek Angin
 • lokasidi barat Kampung Ahning
MuaraKhlong Kuap 
 • lokasi
di selatan Kampung Ahning
 • koordinat
6°23′25″N 100°44′23″E / 6.3902°N 100.7396°E / 6.3902; 100.7396Koordinat: 6°23′25″N 100°44′23″E / 6.3902°N 100.7396°E / 6.3902; 100.7396
 • ketinggian
114 meter (374.0 ka)
PanjangTidak diketahui
Ciri-ciri lembangan
PergerakanKhlong Kuap → Sungai AhningSungai Padang SanaiSungai Padang TerapSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Anak sungai 
 • kanananak sungai tanpa nama

Khlong Na (Jawi: كلوڠ نا), atau juga dikenali sebagai Klong Na dan Sungai Khlong Na merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia. Khlong Echong mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Balek Angin dan tamat di pertemuan Sungai Khlong Kuap.[1][2] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod terawal mengenai Khlong Na dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°24′N 100°44′E / 6.400°N 100.733°E / 6.400; 100.733.[1] Tinjauan saliran Khlong Na telah dilakukan pada September 1928, lalu namanya dipaparkan dan diterbitkan dalam peta topografi Malaya 1945 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMT Survey).[3][4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan peta topografi Tanah Melayu bersiri HIND 1035 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Khlong Na terletak di Bukit Balek Angin (atau Bukit Balik Angin) di rujukan grid RG4689. Khlong Na akan menelusuri kawasan perhutanan dipterokarpa pamah, lalu membuat pertemuan anak sungai tanpa nama dari Bukit Balek Angin. Khlong Na akan membuat pertemuan sebagai muaranya dengan Sungai Khlong Kuap di ketinggian atas min aras laut iaitu 114 meter (374.0 ka).[2] Muara sungai bagi Khlong Na terletak berdekatan dengan sebuah dusun buah-buahan di lembah sungai Khlong Kuap.[3][4]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Menurut peta FMS Survey, terdapat satu sungai tanpa nama bermuara di Khlong Na.[3][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 154. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Khlong Na, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 15 Mac 2023. Dicapai pada 15 Mac 2023.
  3. ^ a b c Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  4. ^ a b c Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.