Kinshasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ville-Province de Kinshasa
Ibu negara DR Congo
Latar belakang Kinshasa
Latar belakang Kinshasa
Bendera Ville-Province de Kinshasa
Mohor rasmi Ville-Province de Kinshasa
Nama panggilan: Kinshasa
Kedudukan Kinshasa di DR Congo
Kedudukan Kinshasa di DR Congo
NegaraRepublik Demokratik Congo
Ibu kotaGombe
Ditubuhkan1881
Pentadbiran
 • GabenorGentiny Ngobila Mbala
Penduduk
 (2017)
 • Bandar
11,855,000
Zon waktuUTC+1
Laman sesawanghttp://www.kinshasa.cd/

Kinshasa (dulu dikenali sebagai Léopoldville atau, sebelum 1960, sebagai Leopoldstad) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Republik Demokratik Congo. Dengan populasi sebanyak 7.5 juta(banci tahun 2005), menyamai Johannesburg untuk status bandar kedua populasi terbanyak di sub-Sahara Afrika, di belakang Lagos, dan bandar ketiga terbesar diseluruh benua itu selepas Lagos dan Kaherah.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kinshasa ialah sebuah bandar yang berbeza status, dengan kawasan-kawasan perumahan dan komersial, tiga buah universiti, dan rumah-rumah setinggan tinggal berdekatan antara satu sama yang lain.

Ia terletak di sepanjang selatan tebing Sungai Congo, betul-betul berhadapan dengan bandar Brazzaville, ibu negeri Republik Congo. Ini adalah satu-satunya kawasan di dunia di mana dua buah ibu negeri negara yang berbeza terletak bersebelahan antara satu sama lain dengan hanya sungai menjadi pemisah antara kedua-dua buah bandar.

Kinshasa terletak di 4°16′S, 15°17′E.

Bangunan dan institusi[sunting | sunting sumber]

Boulevard du 30 Juin di pusat bandar Kinshasa.

Kawasan-kawasan utama bandar ini termasuklah Cité de l'OUA, sebuah kompleks Kerajaan Republik Demokratik Congo, Zone de Matonge, dikenali kerana suasana malamnya, dan kawasan perumahan Gombe.

Ciri-ciri unik bandar ini ialah Bangunan SOZACOM dan Hotel Memling, pasar utama, Muzium Kinshasa dan Akademi Kesenian Kinshasa. Boulevard du 30 Juin menghubungkan kawasan bandar ini bersama. Kinshasa juga tempat terletaknya stadium nasional negara ini iaitu Stadium Stade des Martyrs.

Kinshasa juga mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Kinshasa, dengan perhubungan ke negara-negara Afrika yang lain, dan ke Brussel, Paris, dan Madrid di Eropah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kinshasa juga rumah kepada beberapa institusi pendidikan tinggi dengan pelbagai kepakaran daripada kejuteraan awam hinggalah ke bidang kewartawanan. Di bandar ini juga terdapat tiga buah universiti besar dan sebuah sekolah seni:

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar ini diasaskan sebagai sebuah tempat perdagangan oleh Henry Morton Stanley pada tahun 1881 dan diberi nama Léopoldville sebagai penghormatan kepada Raja Léopold II dari Belgium, yang menguasai sebuah kawasan yang luas sebagai sebuah koloni yang sekarang telah menjadi Republik Demokratik Congo. Pusat ini berkembang menjadi pelabuhan pandu arah disepanjang Sungai Congo disebelah atas Air terjun Livingstone: pada mulanya, semua barangan tiba di Léopoldville daripada kawasan pendalaman terpaksa dibawa oleh porter ke Pelabuhan Matadi. Dengan siapnya landasan kereta api pada tahun 1898 membolehkan adanya pengangkutan disepanjang sungai berkenaan dan menyebabkan pembangunan Léopoldville menjadi rancak. Menjelang tahun 1920, banda ini dinaik tarafkan menjadi ibu negeri Belgium Congo, menggantikan bandar Boma.

Media[sunting | sunting sumber]

Boulevard Lumumba di Masina.

Kinshasa juga adalah tempat kepada stesen-stesen radio dan TV. TV Nasional juga terdapat di bandar ini. Dua rangkaiannya dapat diperolehi dihampir setiap kawasan di negara ini. Di samping stesen-stesen ini, terdapat juga berdozen-dozen stesen lain yang dapat ditonton atau didengar diseluruh negara. Kebanyakan media di sini menggunakan Bahasa Perancis dan Lingala sebagai bahasa utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "DemographiaWorld Urban Areas – 13th Annual Edition" (PDF). Demographia. April 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 May 2018. Dicapai pada 8 Julai 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Peta[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]