Johannesburg

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Johannesburg
Latar langit Johannesburg sewaktu siang dari Carlton Centre
Latar langit Johannesburg sewaktu siang dari Carlton Centre
Flag of Johannesburg
Flag
Official seal of Johannesburg
Seal
Nama samaran: Joburg, Jozi, e-goli
Moto: Unity in Development
Bahasa Inggeris: Bersatu dalam Pembangunan
Johannesburg.GIF
Daerah Gauteng
Penubuhan 1886
Kerajaan
 - Datuk bandar Amos Masondo
Kepadatan (2001)
 - Total 3,225,812
Kod kawasan 011
Laman web: http://www.joburg.org.za/

Johannesburg atau lebih dikenali sebagai Jo'burg atau Bandaraya Emas terletak di kawasan tinggi iaitu pada ketinggian 1 753 meter (6 000 kaki) di atas paras laut. Bandar raya ini adalah ibu negeri Gauteng. Luas kawasannya 1 644 kilometer persegi, dengan purata kepadatan penduduk seramai 1 962 orang setiap kilometer persegi. Walaupun, Johannesburg bukan ibu negara Afrika Selatan tetapi ia merupakan bandar raya terbesar di Afrika Selatan. Malah bandar raya ini merupakan satu dari 40 bandar raya metropolitan yang terbesar di dunia, dan adalah bandar raya di benua Afrika yang tergolong sebagai bandar raya global. Selain itu, ia merupakan pusat ekonomi yang paling penting di negara ini dan juga di seluruh benua Afrika. Bursa Saham Johannesburg (JSE) adalah bursa saham terbesar di Afrika dan yang ke-16 terbesar di dunia.

[sunting] Sejarah

Pada awalnya pekan tidak banyak bezanya dengan kawasan perlombongan kecil yang lain, tetapi apabila cerita tentang kekayaannya merebak, orangramai dari seberang laut seperti Amerika Utara, United Kingdom, dan Eropah datang berduyun-duyun ke tempat ini. Akibatnya, nilai hartanah semakin meningkat, dan ini menyebabkan ketegangan di antara pihak Afrikaner, yang mengawal rantau ini pada abad ke-19, dengan pihak British. Akhirnya tercetuslah Perang Anglo-Boer Kedua, di mana pihak Afrikaner tewas dan pekan ini jatuh ketangan British.

Apabila Kesatuan Afrika Selatan telah diisytiharkan pada 1910, ia telah membuka laluan kepada struktur perlombongan yang lebih teratur. Selepas itu, kerajaan Afrika Selatan telah melancarkan sistem perkauman yang keras dimana kaum kulit hitam dan India telah dikenakan cukai yang berat, dilarang dari memegang kerja mahir, dan dipaksa bekerja sebagai buruh kasar di lombong-lombong emas di sekitar Johannesburg.

Kerajaan Afrika Selatan telah meneruskan program aparteidnya dengan menginstitusikan sistem pengusiran secara paksa, di mana penduduk bukan Eropah telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa kawasan setinggan tertentu. Kawasan tersebut yang dipanggil Soweto iaitu singkatan South Western Townships atau Perumahan Barat Daya, terdiri dari kawasan sempit yang dikhaskan untuk kaum kulit hitam sewaktu era aparteid. Nelson Mandela telah menghabiskan masa yang lama di Soweto dan kini rumahnya di Orlando adalah tempat tarikan pelancong.

Keganasan besar-besaran telah meletus pada 1976 di Soweto apabila Majlis Perwakilan Pelajar-Pelajar Soweto mengadakan protes membantah penggunaan Bahasa Afrikaan, yang dianggap sebagai bahasa penindas, di sekolah-sekolah kaum kulit hitam. Trajedi yang dikenali sebagai Kebangkitan di Soweto telah mengorbankan seramai 1000 orang apabila ia merebak ke seluruh Afrika Selatan. Salah seorang mangsanya yang paling terkenal ialah, Hector Pieterson, dan sebuah Museum telah dibina di Soweto untuk mengenang jasanya kepada masyarakat kulit hitam.

[sunting] Ekonomi

Johannesburg merupakan hab ekonomi dan kewangan di Afrika Selatan, dengan menyumbang 16% KDNK negara, dan 40% aktiviti ekonomi di wilayah Gauteng. In a 2007 survey conducted by Mastercard, Johannesburg ranked 47 out of 50 top cities in the world as a worldwide centre of commerce (the only city in Africa) [1].

Mining was the foundation of the Witwatersrand's economy, but its importance is gradually declining due to dwindling reserves and service and manufacturing industries have become more significant to the city's economy. While gold mining no longer takes place within the city limits, most mining companies still have their headquarters in Johannesburg. The city's manufacturing industries extend across a range of areas and there is still a reliance on heavy industries including steel and cement plants. The service and other industries include banking, IT, real estate, transport, broadcast and print media, private health care, transport and a vibrant leisure and consumer retail market. [perlu rujukan] Johannesburg has Africa's largest stock exchange, the JSE Securities Exchange although it has moved out of the central business district. Due to its commercial role, the city is the seat of the provincial government and the site of a number of government branch offices, as well as consular offices and other institutions.

[sunting] Tempat menarik

Johannesburg terkenal sebagai pusat ekonomi yang penting di Afrika Selatan malah di seluruh Afrika. Oleh itu, antara tarikannya yang utama adalah kompleks membeli belah yang besar. Ini termasuklah Sandton Centre di Sandton dengan kawasan membeli belah seluas 144,000 meter persegi menjadikannya kompleks terbesar di hemisfera selatan.

Bandar raya ini juga mempunyai banyak muzeum antara:

  1. Muzeum Aparteid
  2. Muzeum Afrika
  3. Memorial Hector Pieterson
  4. Constitutional Hill
  5. Gold Reef City

Di samping itu, di pinggir bandar raya ini terdapat tarikan semula jadi yang menarik seperti Cradle of Humankind yang terdiri daripada gua-gua di mana fosil manusia primitif telah dijumpai. Kawasan bersejarah ini terletak di Sterkfontein dan tersenarai sebagai kawasan warisan dunia.


Ralat petik: <ref> teg wujud, tetapi tiada teg <rujukan/> dijumpai