Kiromal Katibin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kiromal Katibin
Maklumat peribadi
Lahir (2000-08-21) 21 Ogos 2000 (umur 23)
Batang, Jawa Tengah, Indonesia
Alma materUniversiti Wahid Hasyim
Sukan
NegaraIndonesia
SukanMemanjat
Rekod pingat
Sukan Memanjat Lelaki
Mewakili  Indonesia
Sukan Dunia
Pingat perak – tempat kedua 2022 Birmingham Kelajuan
Piala Dunia IFSC (Musim)
Pingat perak – tempat kedua 2021 Kelajuan
Kejohanan Asia
Pingat perak – tempat kedua 2019 Bogor Kelajuan
Pingat perak – tempat kedua 2019 Bogor Kelajuan Berpasukan
Kejohanan Asia Remaja
Pingat emas – tempat pertama 2018 Chongqing Kelajuan Remaja

Kiromal Katibin (lahir 21 Ogos 2000) ialah seorang pendaki laju Indonesia. Pada 2022, ia mencipta rekod dunia semasa bertanding dalam Pusingan Kelayakan Kelajuan Lelaki di Piala Dunia IFSC 2022 Chamonix, Perancis.[1]

Beliau mencapai rekod itu selepas memanjat tembok panjat setinggi 15 meter dengan masa 5.00 saat, pada 8 Julai 2022. Sehingga kini, beliau telah mencipta enam rekod dunia, sekali pada 2021 dan lima kali pada 2022.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Kiromal yang ketika itu berusia 7 tahun, pertama kali melihat sukan memanjat di dataran bandar Batang semasa Sukan Wilayah. Sejak 2009, beliau telah berlatih bersama abangnya. Pada mulanya, motivasinya untuk menyertai sukan memanjat adalah kerana dia suka berjumpa dengan kawan. Namun, sejak menyertai pertandingan, semangat bersaingnya mula muncul.[2]

Beliau memulakan kerjayanya dengan memenangi kejohanan kebangsaan. Pingat pertamanya ialah daripada acara Lead pada kejohanan kebangsaan di Jakarta tahun 2011. Kemudian, beliau turut memenangi pingat emas dalam acara kelajuan pada Kejohanan kebangsaan pada tahun 2016 di Bangka dan pada tahun 2017 di Padang.[3]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sukan Dunia[sunting | sunting sumber]

Kelajuan

Tahun Tempat Lawan Masa Keputusan Ruj.
2022 Sloss Furnaces, Birmingham, Amerika Syarikat Indonesia Veddriq Leonardo fall–7.230 Tempat kedua, pemegang pingat perak Perak [4]

Kejohanan Asia[sunting | sunting sumber]

Kelajuan

Tahun Tempat Lawan Masa Keputusan Ruj.
2019 Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia Indonesia Veddriq Leonardo 5.547–5.460 Tempat kedua, pemegang pingat perak Perak [5]

Kelajuan Berpasukan

Tahun Tempat Rakan Lawan Masa Keputusan Ruj.
2019 Stadium Pakansari,
Bogor, Indonesia
Indonesia Veddriq Leonardo
Indonesia Zaenal Aripin
Indonesia Sabri
Indonesia Rahmad Adi Mulyono
Indonesia Fatchur Roji
fall–23.492 Tempat kedua, pemegang pingat perak Perak

[6]

Kejuaraan Asia Remaja[sunting | sunting sumber]

Kelajuan Junior

Tahun Tempat Lawan Masa Keputusan Ruj.
2018 Chongqing, China Iran Milad Alipour Shenazandifar 6.05–6.42 Tempat pertama, pemenang pingat emas Emas [7]

Piala Dunia IFSC[sunting | sunting sumber]

Kelajuan

Tahun Tempat Lawan Masa Keputusan Ruj.
2021 Salt Lake City, Amerika Syarikat Indonesia Veddriq Leonardo fall–5.208 Tempat kedua, pemegang pingat perak Perak [8]
2021 Villars, Switzerland Rusia Vladislav Deulin 5.30–5.38 Tempat ketiga, pemenang pingat gangsa Gangsa [9]
2022 Seoul, Korea Selatan Indonesia Veddriq Leonardo fall–6.965 Tempat kedua, pemegang pingat perak Perak [10]
2022 Salt Lake City (I), Amerika Syarikat Amerika Syarikat Noah Bratschi 5.643–fall Tempat pertama, pemenang pingat emas Emas [11]

Rekod Dunia[sunting | sunting sumber]

Rekod Dunia
Tarikh Masa Tempat Kejohanan
8 Julai 2022 5.009[12] Chamonix, Perancis Piala Dunia
30 Jun 2022 5.04[13] Villars, Switzerland Piala Dunia
30 Jun 2022 5.09[14] Villars, Switzerland Piala Dunia
27 Mei 2022 5.10[15][16] Salt Lake City, Amerika Syarikat Piala Dunia
6 Mei 2022 5.17[17] Seoul, Korea Selatan Piala Dunia
28 Mei 2021 5.25[18] Salt Lake City, Amerika Syarikat Piala Dunia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bregman, Scott. "Deng Lijuan, Kiromal Katibin lead speed qualifying at IFSC World Cup in Chamonix". Olympics.com.
  2. ^ "Profil Kiromal Katibin, Spiderman Indonesia yang Pecahkan Rekor Panjat Tebing Dunia". Sport Bisnis (dalam bahasa Indonesia). 4 September 2022.
  3. ^ FPTI (2018-07-27). "Segudang Prestasi Kiromal Katibin". FPTI - Federasi Panjat Tebing Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-06-30.
  4. ^ "Veddriq Leonardo Sumbang Emas Kedua Indonesia di The World Games 2022". Sindonews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 3 September 2022.
  5. ^ "Indonesia Rebut 5 Medali Pada Kejuaraan Panjat Tebing Asia 2019". Bola (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 3 September 2022.
  6. ^ "Indonesia Sapu Bersih Speed Relay di Asian Championship 2019". fpti (dalam bahasa Indonesia). 3 September 2022.
  7. ^ "Asian Youth Championships 2018". IFSC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 September 2022.
  8. ^ "Dua Atlet Indonesia Pecahkan Rekor Dunia Panjat Tebing". Warta Magelang (dalam bahasa Indonesia). 3 September 2022.
  9. ^ "Atlet Panjat Tebing Indonesia Veddriq Leonardo Kembali Raih Medali Emas". Kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 3 September 2022.
  10. ^ "Indonesia Sapu Bersih Podium Nomor Speed Putra di Piala Dunia Panjat Tebing". Tempo (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 3 September 2022.
  11. ^ "Bangga! Indonesia Dominasi Podium Piala Dunia Panjat Tebing 2022". celebrities.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 3 September 2022.
  12. ^ "L'Indonésien Kiromal Katibin bat encore le record du monde d'escalade de vitesse et frôle la barre des 5 secondes". L'Équipe (dalam bahasa Perancis). July 8, 2022. Dicapai pada July 8, 2022.
  13. ^ @ifsclimbing (June 30, 2022). "On 27 May 2021, the men's Speed world record was 5.48 seconds. Then Kiromal Katibin 🇮🇩 landed on planet Earth. @fpti_official" (Twit) – melalui Twitter.
  14. ^ {@ifsclimbing (June 30, 2022). "🤯 AND ANOTHA ONE!! 🤯 Kiromal Katibin 🇮🇩 tears down another barrier and set a new men's Speed world Record with 5.09 seconds!" (Twit) – melalui Twitter.
  15. ^ "Climbing Speed World Records Men".
  16. ^ "IFSC Salt Lake City 2022-05-27 Men's Speed Event Page".
  17. ^ "IFSC Seoul 2022-05-06 Men's Speed Event Page".
  18. ^ International Federation of Sport Climbing (2021-05-28), Kiromal Katibin DESTROYS the men's Speed world record!, diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-15, dicapai pada 2021-05-29