Kisah Bayad dan Riyad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Bayad memainkan oud kepada Puan", manuskrip Arab kisah Qissat Bayad wa Reyad dari abad ke-12


Hadith Bayāḍ wa Riyāḍ (bahasa Arab, حديث بياض ورياض "Kisah Bayad dan Riyad") atau Qissat Bayad wa Riyad ialah kisah cinta Arab dalam khazanah kesusasteraan Arab abad ke-13. Watak-watak utama kisah ini ialah Bayad, anak seorang pedagang dan orang asing dari Damsyik, dan Riyad, seorang gadis berpendidikan yang menjadi ahli istana seorang Hajib (wazir atau menteri) di Iraq ataupun Mesopotamia dan seorang "Puan" (al-sayyidah).

Dipercayai manuskrip Hadith Bayad wa Riyad ini merupakan satu-satunya manuskrip bergambar yang masih wujud, peninggalan daripada petempatan orang Islam dan Arab selama 800 tahun di Al-Andalus (Sepanyol). Manuskrip tunggal di dalam simpanan Perpustakaan Vatican dengan nombor katalognya Codex Vat. Arabo 368.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • D'Ottone A., Il manoscritto Vaticano arabo 368: Hadith Bayad wa Riyad. Il codice, il testo, le immagini: alcune note, «Rivista di Storia della Miniatura» 14 (2010), pp. 55-70
  • The Story of Bayad and Riyad - Qissat Bayad wa Riyad, Halaman arkib tapak Web Archive.
  • Medieval Andalusian Courtly Culture in the Mediterranean: Hadith Bayad Wa Riyad, by Robinson, Cynthia, ISBN 0415322448