Oud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Oud Bahasa Arab: عودʿūd, majmuk:أعواد, a'wād; Assyria:ܥܘܕ ūd, Bahasa Greek: ούτι; Bahasa Parsi: بربط barbat; Bahasa Turki: ud or ut;[1] Bahasa Armenia: ուդ, Bahasa Azeri: ud; Bahasa Somalia: cuud atau kaban; ialah alat muzik bertali berbentuk pear yang sering digunakan dalam muzik Afrika Utara (Chaabi, muzik klasik al-Andalus) dan muzik Timur Tengah. Pembinaan oud sama seperti lut.[2] Oud moden dan lut Eropah datang dari leluhur sama tetapi melalui jalan berlainan. Oud mudah dikenali dengan ketiadaan fret dan tengkok yang lebih kecil. Ia dianggap leluhur gitar moden.[3]

Nama[sunting | sunting sumber]

Manuskrip abad ke-12 menunjukkan ahli muzik bermain pelbagai alat termasuk oud.

Asal usul nama oud (dan rakan etimologinya lute) tidak dapat dipastikan, namun perkataan Arab العود (al-ʿūd) merujuk kepada sekeping kayu nipis mirip jerami yang secara tradisional digunakan sebagai plektrum semasa bermain oud, kepada jalur-jalur kayu nipis di bahagian belakang, atau kepada bod suara kayu yang membezakannya daripada peralatan yang menggunakan kulit. [4] Penyelidikian baharu oleh Eckhard Neubauer mencadangkan bahawa oud mungkin perkataan pinjaman Arab daripada perkataan Parsi rud yang bermaksud tali, alat bertali, atau lut.[5][6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Catatan bergambar yang paling awal tentang lut terdapat pada zaman Uruk di selatan Mesopotamia (bandar Nasiriyah moden). Catatan terdapat pada mohor berbentuk silinder yang lebih 5000 tahun lamanya dan kini disimpan di Muzium British.[7]

Pemuzik Arab di Aleppo, Syria bersama oud c. 1915 M.

Orang bangsa Turki kuno juga memiliki peralatan yang sama yang dikenali sebagai kopuz. Alat ini dipercayai memiliki kuasa magis dan dibawa bersama ke medan peperangan dan digunakan dalam pancaragam tentera. Ini dicatatkan dalam pahatan tugu Göktürk. Pancaragam tentera kemudiannya diguna dalam tentera Turki yang lain dan seterusnya oleh orang Eropah.[8] Mengikut ahli muzik Çinuçen Tanrıkorur oud moden dikembangkan oleh orang Turki Asia Tengah daripada kopuz dan bilangan talinya ditambah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Güncel Türkçe Sözlük'te Söz Arama (bahasa Turk)
  2. Mottola, R.M. (Summer, Fall 2008). "Constructing the Middle Eastern Oud with Peter Kyvelos". American Lutherie (94, 95). 
  3. Summerfield, Maurice J. (2003). The Classical Guitar, Its Evolution, Players and Personalities Since 1800 (5th ed.) Blaydon on Tyne: Ashley Mark Publishing. ISBN 1-872639-46-1
  4. During, Jean. "'Barbat'". Encyclopedia Iranica. Diperoleh pada 17 April 2011. 
  5. Douglas Alton Smith. A History of the Lute from Antiquity to the Renaissance. p. 9. Lute Society of America (LSA), 2002. ISBN 0-9714071-0-X.
  6. "Asian Music Tribal Music of India, 32, 1, Fall, 2000/ Winter, 2001". Utexas.edu. Diperoleh pada 2010-12-23. 
  7. MITRA JAHANDIDEH, SHAHAB KHAEFI, AHANALI JAHANDIDEH, MASOUD KHAEFI, Using the Root Proportion to Design an Oud, [[{{{publisher}}}]], [[{{{date}}}]].
  8. Fuad Köprülü, Türk Edebiyatında İlk Mutasavvıflar (First Sufis in Turkish Literature), Ankara University Press, Ankara 1966, pp. 207, 209.; Gazimihal; Mahmud Ragıb, Ülkelerde Kopuz ve Tezeneli Sazlarımız, Ankara University Press, Ankara 1975, p. 64.; Musiki Sözlüğü (Dictionary of Music), M.E.B. İstanbul 1961, pp. 138, 259, 260.; Curt Sachs, The History of Musical Instruments, New York 1940, p. 252.