Kisah Cinta Kita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kisah Cinta Kita
Genre
Ditulis oleh
  • Rehal Nuharis
  • Bikash Nur Idris
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSejarah Cintaku oleh Usop
Lagu penutupSejarah Cintaku oleh Usop
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Fariz Che Aziz
PenerbitDato A.Aida
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Disney+ Hotstar (ulangan)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 November 2021 – 4 Januari 2022
StatusTamat
Kronologi
MengikutiMr. Bibik
Diikuti olehShakira (drama)

Kisah Cinta Kita ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Riza Baharudin, dibintangi oleh Aedy Ashraf, Amelia Henderson dan Ikmal Amry. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 di bawah Slot Akasia bermula 26 November 2021 menggantikan Mr. Bibik. [1]

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman Disney+ Hotstar pada 12 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.

Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.

Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju.

Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Kisah Cinta Kita. MyInfoTaip. Dicapai 26 November 2021