Amelia Thripura Henderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amelia Thripura Henderson
Kelahiran Amelia Thripura Henderson
20 Oktober 1995 (19 tahun)
Selangor, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, pelakon suara, pengacara televisyen, model
Terkenal kerana Menjadi model bagi iklan Mothercare[1]

Amelia Thripura Henderson (lahir 20 Oktober 1995) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburi bidang seni sebagai seorang model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.[1] Selepas itu, beliau berjaya membintangi sitkom Keluarga Adam.[1] Beliau juga pernah mementaskan persembahan muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.[1] Di samping itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat.[1] Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol.[2] Beliau bernasib baik kerana ditawarkan untuk menjadi suara latar di dalam filem animasi ini. Beliau akhirnya bersetuju untuk merakamkan suara di dalam filem animasi ini kerana beliau amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika.[1] Tambahan pula, beliau diberikan tempat untuk berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime hasil arahan Yasmin Ahmad. Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.[1][3]

Bakat dalam bidang tarian[sunting | sunting sumber]

Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ibu beliau adalah seorang doktor gigi yang berketurunan India bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham L. Henderson.[1] Beliau mempunyai dua adik-beradik dan merupakan anak yang sulung. Adiknya pula bernama Alexander Rudrakeith Henderson.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Peranan dalam filem
Tahun Tajuk Peranan
2008 Barbie in a Christmas Carol Kelly / Tammy
2009 Talentime
2009 Barbie and the Three Musketeers Miette
2012 Seefood
2012 War of the Worlds: Goliath Young Girl
Kemunculan dalam televisyen
Tahun Tajuk Saluran Peranan
2006 Keluarga Adam TV2
2008 Kasut Tumit Tinggi ASTRO (Astro Prima)
2009 The English Room ASTRO (Astro TVIQ) Amelia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Ralat Lua pada baris 250 di Modul:Citation/CS1: Dipanggil dengan keadaan ralat tidak ditetapkan.
  2. "Barbie in a Christmas Carol (Video 2008)". IMDb. Diperoleh pada 27 Mac 2012. 
  3. Dzireena Mahadzir (22 November 2009). "Mind your English". The Star Online. Diperoleh pada 27 Mac 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]