Kisah Pelayaran Abdullah ke Mekah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kisah Pelayaran Abdullah ke Mekah' ialah karya terakhir dari Abdullah Abdul Kadir Munshi. Karya ini menceritakan pelayaran Abdullah dari Singapura ke Jeddah untuk mengerjakan Haji di Mekah. Ringkasan tiga bahagian dari cerita ini pertama kali diterbitkan oleh majalah Cermin Mata di Singapura pada 1858-1859.

Abdullah belayar dari Singapura dengan sebuah kapal bernama Subulus Salam pada bulan Februari 1854. Sepanjang perjalanan, ia melukis gambaran tempat-tempat yang dilihatnya dari laut dan juga menulis pengalaman peribadinya bertemu pelbagai kumpulan orang di tempat-tempat yang ia kunjungi seperti Kalikut. Abdullah meninggal dunia di Jeddah pada bulan Oktober 1854 pada usia 58 sebelum dia sampai ke Mekah[1][2].

Versi majalah Cermin Mata yang diterbitkan oleh agensi mubaligh Protestan, hanya mengandungi kisah pelayaran Abdullah sehingga ke pantai Jeddah. Klinkert, seorang sarjana Belanda, menerbitkan terjemahan Belanda yang lebih lengkap berdasarkan salinan manuskrip yang diperolehi daripada penerbit di Singapura. Dia kemudian menerbitkan edisi bahasa Melayu pada tahun 1889 dengan judul Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah, tapi kali ini berdasarkan versi Cermin mata.

Pada tahun 1964, versi suntingan Kassim Ahmad diterbitkan di Kuala Lumpur. Amin Sweeney juga menyunting edisi baru Karya Lengkap Abdullah bin Abdulkadir Munsyi: Jilid 1 yang diterbitkan di Jakarta pada tahun 2005.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. A. Wahab Ali (2004). Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. m/s. 82. ISBN 9832620325. 
  2. Khair Abdul Salam & Zulkifli Khair (2007). Cerita-cerita motivasi untuk ibadah haji dan umrah. Pts publications. m/s. 86. ISBN 978-983-3372-46-1. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z