Jeddah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Raya Jeddah
جدة
Pemandangan Bandar Raya Jeddahجدة
Lokasi Jeddah di Arab Saudi
Lokasi Jeddah di Arab Saudi
Provinsi Provinsi Barat
Kerajaan
 - Putera Abdulmajeed bin Abdul Aziz
Kepadatan (2006)
 - Bandar 3,400,000
 - Metro 3,807,000

Jeddah (juga dieja Jedda, Jiddah, Jidda, atau Juddah; جدّة Ǧiddah), adalah sebuah bandar raya Arab Saudi yang terletak di pinggir Laut Merah denagn koordinat (21.50° U 39.1667° T). Bandar ini adalah sebuah bandar utama di Arab Saudi dan merupakan bandar paling besar di Provinsi Barat (Arab Saudi). Bandar Jeddah adalah bandar kedua terbesar di Arab Saudi, selepas bandar raya Riyadh. Bilangan penduduk Jeddah kini berjumlah 3.4 juta orang. Jeddah dianggap sebagai pusat komersil Arab Saudi dan bandar raya paling makmur dan mewah di Timur Tengah. Jeddah juga adalah pintu masuk utama ke Makkah Al-Mukaramah, bandar paling suci dalam fahaman agama Islam dan adalah pintu masuk kepada kebanyakaan jemaah haji yang datang dengan kapal terbang ataupun dengan kapal laut.

Ejaan dan asal nama[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua hikayat mengenai nama “Jeddah”. Yang pertama meriwayatkan nama “Jeddah” sebagai bermakna “tepi pantai” kerana Jeddah terletak di pantai Laut Merah yang kemudiannya menjadi pelabuhan terpenting di Arab Saudi. Hikayat yang lagi satu (yang lebih lazim dan popular) menceritakan nama Jeddah berasal daripada perkataan "jaddah”, perkataan Arab yang bermaksud “nenek”. Mengikut cerita rakyat orang-orang Arab, makam Hawa, isteri Nabi Adam a.s. terdapat di Jeddah di koordinat (21.492° N 39.19° E). Oleh kerana Hawa adalah leluhur semua manusia, tempatnya dinamakan “Jeddah” sempena nama beliau. (Makam yang dikatakan makan Hawa ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan penziarah yang mendirikan solat dan berdoa di makam tersebut, kerana ini ditakrifkan sebagai menyimpang daripada pegangan Wahabi yang diamalkan di Arab Saudi).

Dalam dokumen rasmi kerajaan Arab Saudi dan di dalam peta-peta, bandar raya ini dilabelkan sebagai “Jeddah”, tetapi pejabat Hal Ehwal Luar Dan Komanwel British memanggil bandar ini “Jedda” walaupun lain-lain jabatan dan pejabat rasmi British menggunakan Jeddah.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kota Lama Al-Balad mempunyai bangunan rumah dan pejabat komersial yang bertingkat-tingkat dan dibina mengikut binaan tradisional kini sudah ditenggelami pembangunan moden yang memeningkan pengaruh seni reka barat. Tetapi kebelakangan ini, terdapat pergerakan yang kembali mementingkan seni reka tradisional dan terdapat usaha-usaha serius untuk mengekal dan memulih hara bangunan-bangunan tradisional.

Bandar raya Jeddah mempunyai beberapa pantai persendirian, termasuk Durrat Al-Arus, Crystal Resort, FAL, Al Remal, Shums, Bait Albahar, Salhia, Sheraton Abhur dan Al Nakheel Village. Kesemua resort ini mempunyai tarikan hidupan laut dan kehidupan terumbu Laut Merah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Armada Lopo Soares de Albergaria di pesisir Jeddah

Jeddah diasaskan sebagai perkampungan nelayan lebih daripada 2,500 tahun yang lalu. Namun demikian, perkampungan ini hanya mendapat perhatian dalam tahun 647 S.M. apabila Khalifah Uthman ibn Affan menggunakan pelabuhan di Jeddah sebagai pelabuhan singgah untuk jemaah haji yang hendak menunaikan haji ke Mekah. Selepas zaman Khulafa al-Rasyidin, Jeddah menjadi bandar utama daerah Hijaz (ataupun Hejaz) dan terus berkembang menjadi pelabuhan utama untuk jemaah-jemaah Haji yang membuat perjalanan menggunakan jalan laut.

Pada penghujung abad ke-17, Kerajaan Uthmaniah menakluki Hijaz termasuk bandar suci Makkah dan juga pelabuhan Jeddah. Kerajaan Uthmaniah telah membina tembok kota Jeddah berikutan kemenangan mereka mengalahkan armada Lopo Soares de Albergaria Portugis dalam pertempuran di Laut Merah.

Semasa Perang Dunia I, Sharif Mekah yang menjadi wakil kepada kerajaan Uthmaniah di tanah Arab memberontak menentang kerajaan Uthmaniah dan menuntut satu kebebasan untuk negara Arab yang bersatu yang merentasi Aleppo di Syria hingga ke Aden di Yemen.

Selepas Perang Dunia I, Putera Ibn Sa’ud yang berasal daripada wilayah Najd menawan Makkah dalam tahun 1924, dan bandar-bandar Madinah dan pelabuhan Jeddah dan menggulingkan Sharif Makkah Hussein Bin 'Ali Al Hashem. Hussein melarikan diri ke Cyprus sebelum berhijrah dan menetap di Amman, Jordan di mana warisnya mengasaskan keluarga diraja Hashimiyah Jordan yang menjadi Raja Jordan. Dalam tahun 1926, Raja Ibn Sa'ud mengambil gelaran Sultan Hijaz di samping gelaran Sultan Najd.

Ketika ini, Jeddah sudah kehilangan kepentingannya dalam politik Semenanjung Arab. Hijaz pula dipecahkan menjadi wilayah-wilayah kecil dan Jeddah kini diletakkan di dalam Provinsi Makkah dengan bandar Makkah sebagai bandar provinsinya.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Terminal dikhususkan untuk kegunaan semasa musim Haji, dan boleh dikenali kerana mempunyai seni reka seperti khemah kaum Badwi

Pengangkutan udara dikendalikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz. salah sebuah terminal dikhususkan untuk kegunaan semasa musim Haji, dan boleh dikenali kerana mempunyai seni reka seperti khemah kaum Badawi. Terminal ini direka untuk mengendalikan lebih daripada 2 juta jemaah Haji yang menggunakan terminal ini semasa musim Haji.

Pelabuhan Jeddah pula adalah pelabuhan ke-30 paling sibuk dalam kategori kendalian kontena dan mengendalikan sebahagian besar kendalian laut komersial Arab Saudi.


Fail:Space Jeddah.jpg
Imej satelit

Kemudahan diplomatik[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat menempatkan salah satu daripada 3 buah pejabat konsulatnya di Jeddah, bersama-sama 67 buah negara lain termasuk Malaysia, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Russia dan China berserta Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab. Pada 6 Disember 2004 pihak pelampau menyerang kawasan konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mengakibatkan kematian 5 orang petugas konsulat dan pasukan keselamatan Arab Saudi pula dapat membunuh 4 orang pelampau.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pusat-pusat pendidikan yang terdapat di Jeddah termasuklah :

Hotel[sunting | sunting sumber]

Hotel Corniche Rosewood (menara kiri)

Antara hotel termasyhur di Jeddah adalah :

Nama Hotel Taraf   Nama Hotel Taraf
The Westin Jeddah 5 Bintang   Hilton Hotel Jeddah 5 Bintang
Crowne Plaza Hotel 5 Bintang   Durrah Beach 5 Bintang
Sheraton Tower and Villas 5 Bintang   Le Méridien Jeddah 5 Bintang
Sands Hotel 5 Bintang   Mövenpick Hotel 5 Bintang
Marriott Hotel 5 Bintang   Radisson SAS Royal Suites 5 Bintang
Radisson SAS Hotel 5 Bintang   InterContinental Hotel 5 Bintang
La Fontaine Resorts 5 Bintang   Sheraton Beach 5 Bintang
Jeddah Orchid Hotel 5 Bintang   Al Attas Hotel 5 Bintang
Al Bilad Hotel 5 Bintang   Chorniche Rosewood 5 Bintang
Ramada Hotel 5 Bintang   Rotana Royal Suites 4 Bintang
Al Sultan Palace 4 Bintang   Holiday Inn Jeddah 4 Bintang
al Hamra Sofitel Hôtel 4 Bintang   Red Sea Palace Hotel 4 Bintang
Al Sofaraa Suites 4 Bintang   Al Bustan Mercure Hotel 4 Bintang
Holiday Inn Resorts 4 Bintang   Al-Banawi Resorts 4 Bintang
Jeddah Trident Hotel 4 Bintang   Casablanca Hotel 4 Bintang
Kaki Hotel 4 Bintang   Ramada Royal Villas 4 Bintang
Habitat Hotel 4 Bintang   Khaldiyah Palace 3 Bintang
Al Azhar Hotel 3 Bintang   Rihana Plaza Hotel 3 Bintang
Mövenpick Resort 3 Bintang   Sunset Hotel 3 Bintang
Madina Palace 3 Bintang   F.K.S Suites 3 Bintang
Al Baia Hotel 3 Bintang   Al Burj Hotel 3 Bintang
Kandara Palace 3 Bintang   Al Riyadh Hotel 2 Bintang
Safari Hotel 2 Bintang  

Membeli belah[sunting | sunting sumber]

Nama Kompleks   Nama Kompleks
Sawari Landmark Mall   Sultan Mall
Iceland Ceneter   Heraa Plaza
Serafi Mega Mall   Roshan Mall
Roshanah Mall   University Plaza
City Plaza   Mahmoud Saieed Center
Oasis Mall   Nojood Center
Badr Center   Roba'eyat Center
Bin Homraan Tower   La Promenade 1
La Promenade 2   Al Badreya Towers
Le Mall   Al Tahlia Shopping Center
Jeddah Mall   Al Haddab Tahlia Center
Heraa Avenue   University Mall
Queen Tower   Jamjoom Mall
Sawari Mall   Al Musadeyya Center
Al Mahmal Mall   Jeddah Int'l Mall
Al Hamraa Mall   Al Basateen Center
Heraa Mall   Suliemaniya Mall
Dania Center   Al Baroom Tower
Al Hefnee Mall   Al Khayyat Center
Al Madinah Center   Corniche Center
South Mall   Al Kaiyal Center
Najjar Mall   Hejaz Mall
Al Suhaili Plaza   Aiya Mall
Salama Mall   Shati Market

Cuaca dan iklim[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti lain-lain bandar di Saudi Arabia, Jeddah mengekalkan cuaca panasnya walaupun semasa musim sejuk. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh Laut merah ke atas iklim Jeddah. Semasa musim sejuk, suhu di sekitar 15 C (59F) pada tengah malam dan menjangkau suhu 25C di waktu tengah hari.
Suhu pada musim panas amat terik, kadang kala menjangkau 40C (104F) pada waktu tengahari dan 30C (86F) pada waktu malam. Hujan jarang turun di Jeddah, dan hanya turun dalam bulan Disember.
Jeddah juga telah mengalami banjir yang dashyat pada tahun 2009 hingga 2011.

Bandar raya kembar[sunting | sunting sumber]

Jeddah mempunyai 24 bandar raya kembar :

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Farsi, Hani M.S. (Mohamed Said): Jeddah: city of art: the sculptures and monuments. London: Stacey International, 1991. ISBN 0-905743-66-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Saudi cities