Klad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Klad ialah sepatah istilah dalam bidang kladistik. Untuk tujuan praktik, "klad" biasanya merujuk kepada:

  • satu cabang dalam kladogram; kladogram ialah gambar rajah pohon yang dihasilkan oleh penganalisisan klad.
  • kumpulan monofili organisma, iaitu sekumpulan organisma yang mempunyai leluhur yang sama, dan termasuk leluhur dan semua keturunannya.

Sebenarnya, klad ialah suatu hipotesis saintifik tentang perhubungan evolusi organisma yang termasuk penganalisisan, berdasarkan data yang dipertimbangkan dalam penganalisisan klad. Oleh itu, klad bergantung kepada data untuk menghasilkannya; sesuatu klad boleh disokong atau dibuktikan salah oleh penganalisisan-penganalisisan kemudian yang menggunakan data yang lain.

Jika sesuatu klad terbukti kukuh dalam penganalisisan-penganalisisan yang menggunakan jenis-jenis data yang berlainan, klad itu mungkin boleh ditukarkan kepada taksonomi: dengan demikian, klad itu menjadi takson, dan menerima nama formal dan aras sendiri. Idea bahawa semua takson harus merupakan klad telah menerima sokongan yang meluas, tetapi idea itu masih penuh dengan perbalahan. Sesuatu klad mungkin secocok dengan sesuatu takson yang wujud, dan sebaliknya: sila lihat gred.

FiloKod ialah satu percubaan untuk mencipta Kod yang akan membenarkan klad untuk mendapat nama formal sendiri.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.