Kolej Komuniti Jelebu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolej Komuniti Jelebu merupakan satu satu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia, di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi. Kolej Komuniti Jelebu menjalankan program pengajian pendidikan tinggi di peringkat Sijil Kolej Komuniti dan juga kursus jangka masa singkat, yang dikenali dengan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Penubuhan Kolej Komuniti Jelebu bertujuan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan berteraskan teknikal dan vokasional khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki pasaran tenaga kerja atau yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Kolej Komuniti Jelebu merupakan salah satu Pusat Bertauliah yang telah mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk mengendalikan Kursus Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2), juga merupakan salah satu Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal, Kolej Komuniti Jelebu beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang (kini dikenali dengan Kolej Vokasional Kuala Klawang) pada 01 Mac 2003, sebelum berpindah ke kampus tetap di Jalan Seperi, 71600 Kuala Klawang pada 01 Disember 2004.

Pengambilan pelajar di Kolej Komuniti Jelebu bermula dengan program pengajian Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) (2003), diikuti program pengajian Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (2007), program pengajian Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (2007), program pengajian Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (2008) dan program pengajian Sijil Asas Pemprosesan Makanan (2013).

Berkeluasan 6.074 hektar, Kolej Komuniti Jelebu berstatus kampus mempunyai pelbagai fasiliti, bengkel dan makmal yang lengkap bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara amali dan teori.

Pada tahun 2010, Kolej Komuniti Jelebu telah mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai salah satu Pusat Bertauliah bagi mengendalikan Kursus Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2).

Pada tahun 2014, pembinaan 2 blok asrama di Kolej Komuniti Jelebu siap dan ianya mampu menempatkan 120 orang pelajar bagi setiap blok.

Pada tahun 2015, Kolej Komuniti Jelebu telah mendapat Sijil Pengiktirafan sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada tahun 2015 juga, Kolej Komuniti Jelebu telah mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi keempat-empat program pengajian di Kolej Komuniti Jelebu.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf
  • Memperkasakan komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat (PSH)
  • Melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang
  • Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan

Program Pengajian Sepenuh Masa (Sijil Kolej Komuniti - SKK)[sunting | sunting sumber]

Program Yang Ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK)[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2008, Kolej Komuniti Jelebu mula mengambil pelajar baharu yang pertama iaitu seramai 13 orang. Kini, jumlah pelajar yang telah mendaftar di Kolej Komuniti Jelebu bagi program ini adalah seramai 611 orang.

Program pengajian Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) dibentuk untuk mempersiapkan pelajar untuk menjadi tenaga kerja separa mahir yang arif dengan pemprosesan dan pengawalan mutu makanan, yang mana akan menjadi pemangkin kepada perkembangan industri makanan negara.

Hasil Pembelajaran Program[sunting | sunting sumber]

Program ini dibentuk untuk mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan:

  1. kaedah memproses buah-buahan, sayuran, ikan dan hasilan laut, daging dan ayam, telur, bakeri dan konfeksionari.
  2. pengenalan kepada sains makanan dan pengawalan mutu makanan - bermula dari bahan mentah sehinga produk siap diproses, dari pelbagai aspek kandungan makanan dan pemakanan.
  3. perundangan makanan dan pengenalan kepada Makanan Halal yang merupakan teras utama dalam pemprosesan makanan.
  4. pengurusan dan pemasaran hasilan produk yang telah diproses.

Pelajar juga berpeluang untuk menimba pengalaman dan didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan di industri melalui Latihan Industri.

Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2007, program pengajian Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS) (nama program pengajian yang asal) di Kolej Komuniti Jelebu mula mengambil pelajar baharu yang pertama iaitu seramai 19 orang. Kini, jumlah pelajar yang telah mendaftar di Kolej Komuniti Jelebu bagi program ini adalah seramai 496 orang.

Nama program pengajian ini ditukar kepada Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) selepas mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 2015.

Program pengajian Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) dibentuk untuk mempersiapkan pelajar untuk menjadi tenaga kerja separa mahir yang arif dengan sistem komputer dan rangkaian komputer, yang mana akan menjadi pemangkin kepada perkembangan teknologi komputer dan rangkaian yang terkini.

Hasil Pembelajaran Program[sunting | sunting sumber]

Program ini dibentuk untuk mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan:

  1. pengenalan kepada pengaturcaraan, sistem pengoperasian komputer, sistem pangkalan data, elektrik dan elektronik, sistem komunikasi dan rangkaian komputer, keselamatan rangkaian serta teknologi mudah alih.
  2. pengalaman memasang, membaiki dan menyenggara sistem komputer dan rangkaian.
  3. mentadbir pelayan (server) dan rangkaian, dan mengaplikasi perisian komputer serta teknologi mudah alih.
  4. mereka program mudah dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah berkaitan komputer dan rangkaian.

Pelajar juga berpeluang untuk menimba pengalaman dan didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan di industri melalui Latihan Industri.

Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) (STE)[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2003, Kolej Komuniti Jelebu mula mengambil pelajar baharu yang pertama iaitu seramai 58 orang. Kini, jumlah pelajar yang telah mendaftar di Kolej Komuniti Jelebu bagi program ini adalah seramai 799 orang.

Program pengajian Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) (STE) dibentuk untuk mempersiapkan pelajar untuk menjadi tenaga kerja separa mahir yang arif dengan pendawaian elektrik fasa tunggal, yang mana ianya berpeluang diperakukan sebagai Pendawai Elektrik (PW2) oleh Suruhanjaya Tenaga.

Hasil Pembelajaran Program[sunting | sunting sumber]

Program ini dibentuk untuk mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan:

  1. pengenalan kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta dan Peraturan Elektrik, asas elektronik dan sistem digital dan jenis-jenis motor elektrik serta kawalannya.
  2. pengalaman memasang dan menyenggara pendawaian elektrik fasa tunggal, pendawaian elektrik tiga fasa, motor-motor elektrik dan peranti semikonduktor.
  3. kemampuan menghasilkan lukisan pendawaian elektrik dan lukisan skematik elektrik menggunakan Lukisan Terbantu Komputer (Computer Aided Design).
  4. pendedahan kepada Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC) dan Sistem Automasi Bangunan (Smart Building System).

Pelajar juga berpeluang untuk menimba pengalaman dan didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan di industri melalui Latihan Industri.

Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP)[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2007, program pengajian Sijil Teknologi Pembinaan (STP) (nama program pengajian yang asal) di Kolej Komuniti Jelebu mula mengambil pelajar baharu yang pertama iaitu seramai 14 orang. Kini, jumlah pelajar yang telah mendaftar di Kolej Komuniti Jelebu bagi program ini adalah seramai 363 orang.

Nama program pengajian ini ditukar kepada Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP) selepas mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 2015.

Program pengajian Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP) dibentuk untuk mempersiapkan pelajar untuk menjadi tenaga kerja separa mahir yang arif dengan pembinaan bangunan dan Sistem Binaan Berindustri (IBS), yang mana akan menjadi pemangkin kepada perkembangan teknologi pembinaan dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) negara.

Hasil Pembelajaran Program[sunting | sunting sumber]

Program ini dibentuk untuk mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan:

  1. pengenalan kepada konsep, teknologi pembinaan bangunan dan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS).
  2. pengalaman menyedia dan menyenggara pembinaan bangunan dan pembinaan Sistem Binaan Berindustri (IBS).
  3. kemampuan mengurus projek berkaitan pembinaan bangunan dan pembinaan Sistem Binaan Berindustri (IBS).
  4. asas keusahawanan dan pendedahan kepada inovasi.

Pelajar juga berpeluang untuk menimba pengalaman dan didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan di industri melalui Latihan Industri.

Sijil Asas Pemprosesan Makanan (KPK)[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2013, program pengajian Sijil Asas Pemprosesan Makanan (KPK) di Kolej Komuniti Jelebu mula mengambil pelajar baharu yang pertama iaitu seramai 7 orang. Program pengajian ini terhad kepada warganegara Malaysia yang memiliki Kad OKU di bawah kategori Masalah Pembelajaran. Kini, jumlah pelajar yang telah mendaftar di Kolej Komuniti Jelebu bagi program ini adalah seramai 68 orang.

Terdapat beberapa ujian saringan yang perlu dilalui oleh calon yang ingin mengikuti program pengajian ini, iaitu Pra-Saringan, Ujian Saringan 3M dan Ujian Saringan Amali. Hanya calon yang lulus ketiga-tiga ujian saringan tersebut yang akan mengikuti program pengajian Sijil Asas Pemprosesan Makanan (KPK) di Kolej Komuniti Jelebu.

Hasil Pembelajaran Program[sunting | sunting sumber]

Program ini dibentuk untuk mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan:

  1. kaedah memproses hasil bijirin daripada produk soya, produk buah-buahan, produk berasaskan beras dan kacang tanah.
  2. kaedah memproses secara sejuk beku bagi produk berinti dan tidak berinti.
  3. kaedah memproses makanan hasilan haiwan bagi produk hasilan ayam, daging, ikan dan hasilan laut.
  4. kaedah mengurus dan memasarkan hasil produk yang telah dihasilkan.

Pelajar juga berpeluang untuk menimba pengalaman dan didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan di industri melalui Latihan Industri.

Tempoh Pengajian[sunting | sunting sumber]

Program pengajian peringkat Sijil Kolej Komuniti mempunyai tempoh pengajian minimum 2 tahun iaitu 4 semester, dan maksimum sehingga 5 tahun iaitu 10 semester. Tempoh pengajian 1 semester mencakupi minggu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), dan cuti semester.

Bayaran Pengajian[sunting | sunting sumber]

Yuran pengajian di Kolej Komuniti di seluruh Malaysia termasuklah di Kolej Komuniti Jelebu, adalah standard iaitu RM200 bagi setiap semester pengajian. Terdapat juga bayaran pelbagai dan ianya tertakluk kepada sesi pengajian tersebut.

Bantuan Kewangan[sunting | sunting sumber]

Pelajar Kolej Komuniti boleh memohon bantuan kewangan seperti berikut, mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan:

  1. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
  2. Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya (BKOKU)
  3. Program Pendidikan Khas (PPK)
  4. Bantuan kewangan daripada agensi-agensi lain

Syarat Am Kemasukan[sunting | sunting sumber]

Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK)[sunting | sunting sumber]
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi tahun 2013 ke atas)
Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)[sunting | sunting sumber]
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi tahun 2013 ke atas)
Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) (STE)[sunting | sunting sumber]
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi tahun 2013 ke atas)
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta/ buta warna)
Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP)[sunting | sunting sumber]
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi tahun 2013 ke atas)
Sijil Asas Pemprosesan Makanan (KPK)[sunting | sunting sumber]
  1. Calon saringan berumur 17 tahun dan ke atas (mengikut tahun semasa)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Calon saringan adalah pemegang Kad OKU kategori Masalah Pembelajaran (Learning Disability).
  4. Sedang/Tamat bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
  5. Calon saringan menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis) dengan baik.
  6. Calon saringan mempunyai rekod kesihatan yang baik.
  7. Calon saringan mampu mengurus diri dengan baik.
  8. Calon saringan boleh berkomunikasi dengan baik dan menerima arahan yang diberi.
  9. Calon saringan mampu mengendalikan peralatan berbahaya seperti pisau, dapur gas dan yang berkaitan dengan dapur.

Calon yang ingin mengikuti program pengajian Sijil Asas Pemprosesan Makanan (KPK) di Kolej Komuniti Jelebu perlu mengikuti dan lulus ketiga-tiga ujian saringan, iaitu Pra-Saringan, Ujian Saringan 3M dan Ujian Saringan Amali.

Kursus Pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)[sunting | sunting sumber]

Pembelajaran sepanjang hayat di Kolej Komuniti Jelebu diuruskan oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan
  2. Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja setempat
  3. Menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan aktiviti sosio-ekonomi dalam kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh; dan
  4. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti.

Kumpulan sasaran[sunting | sunting sumber]

Semua lapisan masyarakat termasuk:

  • pelajar sekolah menengah/institusi pengajian tinggi
  • lepasan sekolah
  • pekerja industri
  • ahli kumpulan profesional, eksekutif dan pengurusan
  • warga institusi pendidikan
  • kakitangan kerajaan
  • warga emas
  • surirumah
  • OKU (orang kelainan upaya)
  • ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  • pelajar tahfiz dan pelajar sekolah pondok
  • individu lain yang berminat

Syarat Permohonan[sunting | sunting sumber]

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Tempoh Kursus[sunting | sunting sumber]

Kursus di bawah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah berbentuk kursus pendek iaitu tempoh minimum 8 jam sehari. Keutamaannya dijalankan pada hujung minggu.

Bayaran Kursus[sunting | sunting sumber]

Yuran bagi kursus pendek minimum RM5, dan ianya bergantung kepada jenis kursus pendek yang dipilih.

Lagu POLYCC[sunting | sunting sumber]

Mulakan langkahmu dengan fikiran terbuka,

Setiap insan punyai kelebihan sendiri,

Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi,

Usaha dan harapan akan tercapai.

Ayuh semua,

Berdiri bangkit,

Semua mimpi jadi realiti,

Ayuh semua, Jangan ragu,

Destinasi POLYCC.

  • Pre Chorus*

Satu tujuan,

Satu harapan,

Membangun generasi berprestasi tinggi.

  • Chorus*

POLYCC berinovasi,

POLYCC pilihan pasti.

Seluruh Malaysia destinasi POLYCC

  • Pre Chorus*

Satu tujuan,

Satu harapan,

Membangun generasi berprestasi tinggi.

  • Chorus*

POLYCC berinovasi,

POLYCC pilihan pasti.

Seluruh Malaysia destinasi POLYCC

Nyanyian/Penyanyi : Puan Salbiah Banati

Lirik : Team Pengambilan POLYCC Zon Sabah


Kemudahan dan Fasiliti[sunting | sunting sumber]

Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK)[sunting | sunting sumber]

  • Makmal Penyediaan Makanan
  • Makmal Analisa Makanan
  • Makmal Roti dan Kek
  • Makmal Pemprosesan Makanan

Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)[sunting | sunting sumber]

  • Makmal Aplikasi Komputer
  • Makmal Baik Pulih Komputer
  • Makmal Rangkaian
  • Makmal Elektrik dan Elektronik

Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) (STE)[sunting | sunting sumber]

  • Makmal Elektronik
  • Bengkel Pemasangan Elektrik 1
  • Bengkel Pemasangan Elektrik 2
  • Bengkel Teknologi Elektrik
  • Rumah Contoh

Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP)[sunting | sunting sumber]

  • Bengkel Konkrit
  • Bengkel Bata
  • Bengkel Kerja Kayu
  • Bengkel Perkhidmatan Bangunan
  • Bengkel Kerja Paip
  • Makmal Ukur
  • Rumah Komuniti

Sijil Asas Pemprosesan Makanan (KPK)[sunting | sunting sumber]

  • Bistro

Kemudahan Umum[sunting | sunting sumber]

  • Wifi
  • Makmal Bahasa
  • Makmal Komputer
  • Makmal CAD
  • Makmal Matematik
  • Bilik-bilik Kuliah (10 bilik)
  • Dewan Syarahan
  • Perpustakaan
  • Bilik Psikologi dan Kaunseling
  • Healthcare Centre (HCC)
  • Kafetaria
  • Asrama lelaki (1 blok)
  • Asrama wanita (1 blok)
  • Bilik Persidangan
  • Bilik Seminar
  • Surau
  • Gimnasium
  • Gelanggang Sepak Takraw
  • Dewan Badminton
  • Padang Futsal
  • Gelanggang Petanque
  • Kawasan parkir kenderaan

Senarai Pengarah Kolej Komuniti Jelebu[sunting | sunting sumber]

  1. Puan Ani Asmah binti Tajul Ariffin (16/01/2003 hingga 15/09/2007)
  2. Tuan Haji Mohd. Zufri bin Yazid (16/09/2007 hingga 24/05/2009)
  3. Tuan Haji Mat Misiah bin Ayob (25/05/2009 hingga 29/03/2011)
  4. Tuan Haji Abdul Jalil bin Limat (31/03/2011 hingga 15/12/2011)
  5. Encik Mohd. Rahim bin Mahmood (16/12/2011 hingga 31/10/2013)
  6. Encik Md. Kasim bin Jaafar (01/11/2013 hingga 02/05/2017)
  7. Encik Muhammad Aznor bin Abdul Aziz (17/07/2017 hingga 03/01/2021)
  8. Encik Ishamuddin bin Ishak (04/01/2021 hingga kini)