Kuala Klawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuala Kelawang ialah bandar terbesar bagi daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Sungai Kelawang tidak begitu lebar , cuma 2 meter lebar dan kadang-kala airnya kering. Hulu sungai ini dipercayai dari Bukit Hantu.

Kira-kira 40 kilometer dari Seremban, bandar ini dihuni oleh masyarakat majmuk majoritinya Melayu diikuti keturunan Cina dan India. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung sementara kaum Cina tingal di bandar Kuala Kelawang menjalankan perniagaan dan perdagangan.

Oleh kerana Jelebu adalah sebuah daerah pertanian, kebanyakan ekonomi Kuala Kelawang adalah berkaitan dengan industri asas tani. Tanaman utama di sini ialah kelapa sawit dan getah serta buah-buahan seperti durian dan buah naga. Durian Jelebu terkenal hingga ke bandar Seremban, Kajang, Semenyih dan Kuala Lumpur kerana saiznya yang besar dan baunya menyengat , tidak seperti durian Siam.

Sebagai bandar utama di daerah Jelebu, beberapa kemudahan penting disediakan oleh kerajaan. Antaranya ialah Muzium Adat Negeri Sembilan, Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu,Balai Polis Kuala Kelawang, Stadium Kuala Kelawang , Sekolah Menengah Teknik Kuala Kelawang, MRSM Kuala Kelawang, Hotel Kuala Kelawang dan jalan raya besar dari Seremban ke Kuala Kelawang. Terdapat dua stesen minyak iaitu Petronas dan Shell.

Air terjun Jeram Toi menjadi tumpuan penbduduk tempatan untuk berkelah. Jalan raya yang bengkang-bengkok dan berliku berhampiran Jeram Toi telah dilurus dan dilebarkan bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke Seremban dan sebagainya. Semua ini berkat dari usaha ahli parlimen Jelebu iaitu Datuk Seri Panglima Dr Rais Yatim.

Koordinat: 2°56′U 102°05′T / 2.933°U 102.083°T / 2.933; 102.083