Kementerian Kesihatan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia. Menteri Kesihatan Malaysia sekarang adalah Datuk Liow Tiong Lai.

Isi kandungan

[sunting] Visi

Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tangjungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

[sunting] Misi

Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
  • Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai
  • Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

[sunting] Organisasi

Terdiri daripada pelbagai agensi:

  • Bahagian Peringkat Kementerian
  • Jabatan Kesihatan Negeri/ Wilayah
  • Pejabat Kesihatan Daerah/ Wilayah
  • Institut (Contoh : Institut Kesihatan Umum)
  • Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Contoh : Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kolej Kejururawatan, Kolej Jururawat Masyarakat, Kolej Latihan Pergigian Malaysia & Pusat Pergigian Kanak-kanak
  • Hospital
  • Klinik Kesihatan dan Pergigian Kerajaan (Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Poliklinik Komuniti, Jabatan/Unit Pesakit Luar)
  • Makmal Kesihatan Awam

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain