Kolej Perubatan Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
frames

Kolej Perubatan Pulau Pinang (bahasa Inggeris: Penang Medical College) ialah sebuah kolej swasta di Pulau Pinang yang merupakan perkongsian dalam pendidikan perubatan antara kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan Kolej-kolej Perubatan Ireland di bawah Universiti Nasional Ireland (NUI), iaitu Kolej Pakar Bedah Diraja Ireland (RCSI), dan Kolej Universiti Dublin (UCD). Tujuan institusi bukan untung ini adalah untuk memperkembangkan profesional yang berupaya untuk membuka klinik sendiri.

Program Kolej Perubatan Pulau Pinang bertujuan untuk menggabungkan yang terbaik daripada kedua-dua dunia, iaitu kursusnya menggabungkan ijazah perubatan Ireland (MB BCH BAO yang dikurniakan oleh NUI) yang memberikan pendidikan dalam pola-pola penyakit dengan sistem penjagaan kesihatan Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, pelajar-pelajar menghabiskan dua setengah hingga tiga setengah tahun di Dublin untuk menyertai latihan praklinikal di kolej-kolej NUI di Ireland. Mereka akan kembali ke Kolej Perubatan Pulau Pinang untuk menghabiskan latihan klinikal mereka.

Pengambilan pertama untuk program ini bertolak ke Dublin pada September 1996 and sebanyak 14 orang pelajar kembali pada Mac 1999 untuk meneruskan pendidikan mereka di kampus PMC yang baru dibuka ketika itu. Mereka memperoleh ijazah pada tahun 2001 dan ditugaskan untuk bekerja di pelbagai hospital kerajaan di seluruh Malaysia dan di Ireland. Sejak 2004, sejumlah 142 orang pelajar telah mendapat ijazah mereka, dengan bilangan ini dijangka akan bertambah sekali ganda pada tahun 2006.


Alamat[sunting | sunting sumber]

No. 4, Sepoy Lines,
10450 Pulau Pinang
Telefon: 604-2263459
Faks: 604-2276529

Pautan luar[sunting | sunting sumber]