Kompleks Sukan Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kompleks Sukan Negara Malaysia yang indah dan mengkagumkan dibina khusus sebagai pentas utama untuk Sukan Komanwel 1998 . Komplek sukan ini menjadi nadi utama bagi hasrat kesukanan Malaysia pada kurun ke-21. Projek berprestij ini setanding dengan KLIA dan KLCC.

Kompleks Sukan Negara ini boleh menganjurkan aktiviti sukan yang pelbagai jenis dan juga acara utama yang berorientasikan perniagaan dan hiburan.

Kawasan utama Kompleks Sukan Negara terdiri dari tiga bangunan sukan asas. Ini termasuk Stadium Nasional yang mempunyai 100,000 tempat duduk. Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Putra. Setiap bangunan telah direkabentuk dan dibina mengikut taraf yang diperakui bertaraf antarabangsa.

Keseluruhan Kompleks Sukan Negara dilengkapi :

  1. Institut Sukan Negara
  2. Stadium Nasional
  3. Stadium Hoki Nasional
  4. Pusat Skuasy Nasional
  5. Stadium Putra
  6. Pusat Akuatik Nasional
  7. Perkampungan Sukan Komanwel
  8. Bukit Komanwel
  9. Stesen LRT Komanwel
  10. Stesen LRT Bukit Jalil
  11. Laluan Masuk Orang Kenamaan
  12. Laluan Tertutup
  13. Pusat Informasi
  14. Pusat Penjaja
  15. Pentas

Garis Masa[sunting | sunting sumber]

  • 1972 Majlis Sukan Negara ditubuhkan
  • 1973 Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia yang kedua mencadangkan pembinaan Kompleks Sukan Negara.
  • 1984 Proses pemilihan tapak dan Kerajaan memperoleh tapak di Bukit Jalil yang terletak di bahagian selatan Kuala Lumpur.
  • 1985 Kerajaan Melantik United Engineeers (Malaysia ) Berhad sebagai pengurus projek Kompleks Sukan Negara.
  • 1986 Pelan induk konsep dibentangkan.
  • 1987 Wideiplan dilantik sebagai arkitek Konsep bagi bangunan sukan utama.
  • 1989 Kerja pendahuluan yang merangkumi pembersihan tapak ,kerja tanah , jalan raya dan infrastruktur kemudahan awam dijalankan.
  • 1991 Malaysia membuat tawaran untuk menganjurkan Sukan Komanwel ke-16 pada tahun 1998.
  • 1992 Malaysia dipilih untuk menganjurkan Sukan Komanwel ke-16 1998. Kerajaan melantik United Engineers ( Malaysia ) Berhad untuk menjalankan kajian tentang penswastaan Kompleks Sukan Negara pda 10 Julai 1992.
  • 1992 Pembinaan Institut Sukan Negara bermula.
  • 1994 Penggalian mangkuk bagi Stadium Nasional bermula
  • 1994 UEM menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan Kompleks Sukan Negara.
  • 1995 Pembinaan Perkampungan Sukan Komanwel bermula
  • 1995 Institut Sukan Negara dibina.
  • 1996 Mei hingga Feb 1997 Bumbung Stadium Nasional difabrikat dan dipasangkan.
  • 1997 Perintah pembangunan bagi Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Putra.
  • 1997 Pemasangan tempat duduk Stadium Nasional bermula
  • 1997 Pusat penjaja , Pusat Maklumat dan laluan pejalan kaki berbumbung dibina.
  • 1997 Oktober Pemasangan lanskap bermula.
  • 1998 Mei Papan keputusan dipasang di Stadium Nasional , Pusat akuatik Nasional dan Stadium Putra.
  • 1998 kerja lanskap siap
  • 1998 Jun Pengujian dan pelengkapan akhir bangunan dan kemudahan.
  • 1998 Jun Perkampungan Sukan Komanwel siap dibina.
  • 1998 Julai 11 Pembukaan rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad.
  • 1998 Sep 11 - 21 Sukan Komanwel XVI 1998 diadakan.


Syarikat Utama[sunting | sunting sumber]

Syarikat utama ialah United Engineers (Malaysia ) Berhad yang dipengerusikan oleh Tan Sri Raden Soenarno. Kerajaan Malaysia menyerahkan tugas kepada syarikat ini pada tahun 1984 melalui kontrak turnkey. UEM dipertangungjawab merekabentuk dan pembinan pakej yang terdiri daripada bangunan sukan dan kemudahan utama yang apabila diserahkan kepada kerajaan akan serta merta mampu menganjurkan Sukan Komanwel XVI 1998.

Perunding rekabentuk dari dalam dan luar negeri dilantik. Akhirnya Kompleks Sukan Negara ini berjaya menepati wawasan iaitu menepati belanjawan, mematuhi tempoh dan berkualiti tinggi. Piawaian rekabentuk yang diiktiaf di peringkat antarabangsa telah digunakan di keseluruhan pelan induk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • The Building of The National Sports Complex,Kuala Lumpur, Malaysia, UEM , Petaling Jaya , 1998.