Stadium Nasional Bukit Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stadium Nasional Bukit Jalil
ستاديوم ناسيونال بوکيت جليل
Bukit Jalil नेशनल स्टेडियम
Bukit Jalil国家体育场
Bukit Jalil National Stadium
Stadium Nasional Bukit Jalil
Lokasi Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Dibuka 1998
Permukaan Padang rumput
Gelanggang
Kapasiti 100,000 [1](Bola sepak)
Penyewa
Persatuan Bola Sepak Malaysia
Sukan Komanwel 1998

Stadium Nasional Bukit Jalil (tulisan Jawi : ستاديوم ناسيونال بوکيت جليل) ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,200 penonton.[2]

Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Stadium ini dibina khas untuk menganjurkan Sukan Komenwel 1998 di mana Malaysia menjadi tuan rumah sukan pasa tahun tersebut.. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.

Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.

100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan.

Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.

Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Official Website of KL’06 Fespic Games
  2. www.worldstadiums.com (Stadium Bukit Jalil)