Archimedes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Archimedes dari Syracuse.

Archimedes (bahasa Yunani: Αρχιμήδης; k.k. 287 SM212 SM) adalah seorang ahli matematik, ahli fizik, jurutera, ahli astronomi, dan ahli falsafah Yunani yang dilahirkan di bandar pelabuhan tanah jajahan Syracuse, Sicily, Itali. Beliau telah dianggap oleh sesetengah ahli sejarah matematik sebagai salah satu daripada ahli-ahli matematik kuno yang terutama. Carl Friedrich Gauss yang sering dipanggil sebagai ahli matematik yang paling terpengaruh, mendakwa bahawa Archimedes adalah salah satu daripada tiga ahli matematik yang paling penting (yang lain itu ialah Isaac Newton dan Ferdinand Eisenstein). Selain daripada sumbangan-sumbangan teori asasnya kepada matematik, Archimedes juga membentuk bidang-bidang fizik dan kejuruteraan amali, dan telah dirujuk sebagai "ahli sains yang teragung". [1]

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Archimedes ialah saudara kepada keluarga pemerintahan Syracuse (Saracussia), sebuah kemaharajaan bandar pelabuhan. Raja Hiero II yang, menurut khabar angin, merupakan bapa saudara Archimedes, menitahkannya untuk mereka bentuk dan memasang siap sebuah kelas kapal yang baru untuk angkatan tentera laut yang amat penting untuk mengekalkan kelas pemerintahan di Syracuse. Hiero II telah berjanji memberikan banyak biji-bijian kepada Rom di utara sebagai ganti untuk keamanan. Menghadapi perang apabila tidak dapat menunaikan janjinya, Hiero II menitahkan Archimedes untuk mengembangkan sebuah baj mewah/bekalan/perang besar yang dapat diubahkan mengikut keperluan-keperluan angkatan tentera laut yang berubah-ubah. Mengikut khabar angin, Skru Archimedies sebenarnya merupakan suatu rekaan yang tidak sengaja kerana dia memerlukan suatu alat untuk membuang air bilga. Kapal itu yang dinamakan Saracussia sempena negaranya mungkin merupakan sebuah mitos. Tidak terdapat rekod seni faundri atau barang-barang lain untuk menyokong ciptaan ini. Kapal ini hanya disokong oleh huraian Plato yang mengatakan bahawa "ia merupakan persamaan paling megah yang pernah belayar."

Archimedes diberikan penghargaan untuk banyak rekaan dan temuan, dengan sebilangannya masih digunakan pada hari ini seperti skru Archimedes. Dia masyhur untuk kapi majmuk, sebuah sistem kapi yang digunakan untuk mengangkat beban-beban yang berat seperti kapal. Archimedes membuat banyak mesin perang untuk Hiero II, penaung dan kawannya. Dia juga menghasilkan banyak karya mengenai geometri yang termasuk mengira luas permukaan dan isi padu pepejal dengan tepat. Karya yang memberikannya kemasyhuran ialah teori jasad-jasad terapung. Dia menyediakan hukum-hukum pengapungan dan mengembangkan prinsip Archimedes yang masyhur. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • E. J. Dijksterhuis, Archimedes, 1987, Percetakan Universiti Princeton, Princeton, ISBN 0-691-08421-1 - terbitan semula terjemahan kajian 1938 oleh seorang ahli sejarah sains mengenai Archimedes dan pencapaiannya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

  1. "Archimedes (287-212 B.C.), Greatest Scientist Ever" [[Jürgen Schmidhuber|by J. Schmidhuber]]". Diperolehi pada October 11.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Wikilink embedded in URL title (bantuan)
  2. Eminent scientists, Published by scholastic India pvt. Ltd.