Konya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Konya (bahasa Turki Uthmaniyyah: قونیه; juga disebut Koniah, Konieh, Konia dan Qunia) ialah sebuah bandar yang terletak di Turki bahagian selatan, pada penara tengah Anatolia. Bandar ini merupakan ibu wilayah Konya. Mengikut sejarah bandar ini dahulunya dikenali dengan nama Ikonium (bahasa Latin), bahasa Greek: Ἰκόνιον Ikónion). Penduduknya berjumlah kira-kira 1,412,343 orang pada tahun 2007.