Kotak hitam MH17

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kotak hitam

Kotak hitam MH17 amat penting bagi mendapatkan maklumat tentang punca kemalangan , tarikh, masa ,situasi dan kondisi pesawat MH17 boleh terhempas di Donetsk, Ukraine pada 17 Julai 2014.Pusat Kawalan Trafik Udara Kiev menyatakan bahawa lokasi pesawat MH17 terhempas di 48 darjah 7 minit dan 23 saat utara, serta 38 darjah 31 minit dan 33 saat timur. [1] Mengikut peraturan antarabangsa , Malaysia selaku tuan rumah dan pemilik pesawat MH17 memang berhak memiliki dan menyiasat kotak hitam itu.

Situasi dan kondisi kotak hitam[sunting | sunting sumber]

Dari rakaman video yang tersebar , jelas sekali lokasi nahas telah diceroboh oleh orang awam dan pihak pemisah Ukraine. Hal ini berlaku kerana kawasan kejadian terlalu luas untuk dikawal, sekitar 14 km persegi dan berbahaya kerana kejadian tembak-menembak masih berlaku.

Naib Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman menyatakan 200 petugas Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine terbabit dalam operasi mencari, bersama-sama dengan 800 sukarelawan. Mayat yang dijumpai disimpan dalam plastik hitam, dimasukkan ke tren kereta api berhawa dingin di Torez. Seterusnya dibawa ke Kharkiv, 300 km dari situ. [2]

Pada mulanya pihak pemisah Ukraine mendakwa mereka telah menemui dan menyimpan kotak hitam MH17. Kemudian kerajaan Ukraine mendakwa mereka juga telah menjumpai kotak hitam yang kedua. Agensi berita Rusia, Interfax melaporkan Timbalan Perdana Menteri Pertama Donetsk, Adriy Purgin bahawa kotak hitam mh17 akan dihantar ke Moscow untuk disiasat oleh Jawatankuasa Penerbangan Negara (IAC). Pejuang pemisah Donetsk itu pro Rusia.[3]

Kerajaan Malaysia telah menghantar 130 petugas dari Malaysia ke Kiev dengan pelbagai tugas seperti forensik, pengurusan jenazah, keselamatan dan penyiasatan serta penyelidikan.

Najib runding terus dengan Alexander Barodai[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Julai 2014, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berunding terus dengan Alexander Borodai , ketua pemberontak dan ketua Republik Rakyat Donetsk yang menguasai lokasi nahas itu.[4] Rundingan menerusi telefon itu berjaya merungkai dan menyelesaikan 3 perkara iaitu :

  1. Semua 282 / 298 mayat akan dibawa dari Kharkiv ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules milik Belanda.
  2. Dua buah kotak hitam diserahkan kepada pasukan Malaysia .
  3. Lokasi nahas hendaklah selamat dalam radius 10 km bagi memudahkan pegawai penyiasat Malaysia dan antarabangsa akses ke sana.

Lanjutan[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 2014, Malaysia memutuskan kotak hitam akan dihantar ke Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara di Farnborough, United Kingdom kerana kepakaran antarabangsa yang lebih canggih. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa ia akan dihantar kepada makmal yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk dianalisis.[5]

Ulasan pakar[sunting | sunting sumber]

Mr John, yang merupakan fellow di Royal Academy of Engineering, menyatakan bahawa kotak hitam itu tidak banyak boleh memberikan maklumat. "...sekiranya mereka berhadapan dengan masalah teknikal dan terhempas terdapat perincian tatarajah, tetapi dalam kes ini hanya terdapat bunyi letupan besar dan kesemuanya tertutup. Disebabkan itu, tidak mungkin sesiapa mahu menyembunyikan atau memadam data - dan apa yang mereka akan dengar adalah rakaman data kapalterbang "biasa, harian".

Richard Taylor dari Jabatan Penerbangan Awam ("Civil Aviation Authority") menambah jikalau kotak hitam itu diusik, ia mustahil tidak disedari. Kotak hitam merakam lebih dari 80 saluran data, dengan itu sebarang cubaan mengubahnya perlu menukar keseluruhan data berkait dalam kotak.

Sebagai contoh, untuk 'membuktikan' enjin kapal terbang dipadamkan, seseorang perlu menukar bacaan data dari pendikit kapalterbang dan RPM enjin.

Tetapi, sebarang cubaan menukar kotak hitam akan berhadapan masalah menyelaras data dengan sumber lain. Kesemua kapal terbang menggunakan apa yang dikenali sebagai Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars), yang memancarkan data asas dari pesawat ke stesyen darat. Oleh itu walaupun kotak hitam diusik, mustahil menukar data Acars, ini bererti sebarang kejanggalan akan menonjol.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]