Fungsi trigonometri
Penampilan
(Dilencongkan daripada Kotangen)
Dalam bidang matematik, fungsi trigonometri digunakan untuk menghubungkan sudut segi tiga dengan mana-mana panjang sisi segi tiga itu.
Terdapat tiga jenis sisi segi tiga bersudut tegak, iaitu:
- Garis bertentangan ialah sisi yang terletak bertentangan dengan bucu sudut yang dipilih.
- Garis bersebelahan ialah sisi yang menyentuh bucu sudut yang dipilih.
- Garis sendeng/miring atau hipotenus ialah sisi yang bertentangan dengan bucu bersudut tegak.
Sudut yang dipilih biasanya diberi simbol huruf Yunani teta (θ).
Yang berikut ialah jadual fungsi-fungsi trigonometri berserta keterangan bagi setiap fungsi:[1]
Fungsi | Singkatan | Keterangan |
---|---|---|
Sinus | sin | |
Kosinus | kos | |
Tangen | tan | |
Kotangen | kot | |
Sekan | sek | |
Kosekan | kosek |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pengungkapan ini berasal dari pengiraan ahli hisab Empayar Gupta di tanah India[2] paling tertuanya dalam manuskrip Surya Siddhanta.[3] Ilmu ini disebarkan kepada dunia Islam yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sebelum diketahui dunia Barat dalam bahasa Latin.
Singkatan | Ungkapan Latin | Ungkapan Arab asal | Ungkapan Sangsakerta asal |
---|---|---|---|
sin | sinus, "lekuk" dalam bahasa Latin - terjemahan ungkapan Arab: جيب yang disalah baca جَيْب jayb "saku"[4] tanpa tanda baris[5] | جِيب jīb[5] | ज्या jyā "tali busur"[5][3] |
cos | cosinus lakuran complementi sinus "pelengkap lekuk" | جَيْب تَمَام jīb tamām "penamat/hujung jīb" |
कोटिज्या koṭi-jyā atau कोज्या ko-jyā "hujung tali busur"[3] |
tan | tangens "menyentuh" | ظِلّ ẓill "bayang-bayang [tali busur yang disinari]"[6][7] | उत्क्रमज्या utkrama-jyā "lawan busur" इषु iṣu, बाण bāṇa "panah"[3] |
sec | secans terbitan kata seco "memotong"[8] | قَاطِع qāṭi` "pemotong, pemutus"[9] | - |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Protter, Murray H.; Morrey, Charles B. Jr. (1970). College Calculus with Analytic Geometry (ed. 2). Reading: Addison-Wesley. m/s. APP-2, APP-3. LCCN 76087042.
- ^ J J O'Connor and E F Robertson (June 1996). "The trigonometric functions". Dicapai pada 2 March 2010.
- ^ a b c d B.B. Datta and A.N. Singh (1983). "Hindu Trigonometry" (PDF). Indian Journal of History of Science. 18 (1): 39–108. Dicapai pada 2 June 2022.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). m/s. 86.
- ^ a b c Katz, Victor J. (2008). A History of Mathematics (PDF) (ed. 3). Boston: Addison-Wesley. m/s. 253.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). m/s. 237.
- ^ Rasyid, Rasyidi; Morelon, Regis (2005). موسوعة تاريخ العلوم العربية. 2. Beirut: مركز دراسات الوحدة العربية، مؤسسة عبد الحميد شومان. m/s. 642–7. ISBN 9953-450-74-9.
- ^ K. Prent; J. Adisubrata; W. J. S. Poerwadarminta (1969). "sĕco, sĕcuī, sectum". Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 774.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). m/s. 299.
- Sumber
- Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. ISBN 967-65-7321-3.