Kubur British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kubur British ialah sebuah kubur yang terletak di bersebelahan kantin Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, Alor Gajah, Melaka. Pada bulan Mei 1829, pihak Inggeris telah menyerang Naning buat kali kedua. Walaupun pihak Inggeris menang dalam peperangan tersebut, banyak daripada tenteranya terkorban, antaranya George Holford Walker, berserta kuda dan anjingnya. Mangsa-mangsa peperangan itu disemadikan di dalam kubur ini.