Naning
- Untuk sejenis lebah madu, sila lihat: Naning (serangga).
Naning ialah suatu kawasan di Melaka, Malaysia. Bagaimanapun, ia merupakan salah satu negeri asal yang membentuk persekutuan Negeri Sembilan pada abad yang ke-16. Naning mula diteroka oleh orang Minangkabau yang berhijrah daripada Sumatera pada abad yang ke-13. Naning mengamalkan Adat Perpatih dan diperintah oleh seorang Penghulu yang dikenali sebagai Undang.
Isi kandungan |
Peneroka awal [sunting]
Kumpulan keluarga yang mula-mula sampai dan meneroka Naning adalah seperti berikut[1]:-
- Kumpulan keluarga Nan Bogajah Tungga
- Kumpulan keluarga Semelenggang
- Kumpulan keluarga Tiga Batu
- Kumpulan keluarga Mungka
- Kumpulan keluarga Anak Melaka
Asal usul nama [sunting]
Nama Naning dikatakan diambil bersempena satu sarang Naning (binatang penyengat yang bisa) bercorak kuning terus yang ditemui di atas pulau tiga buah sejanjar yang dikenali sebagai Pulau Galang Tiga Sejanjar yang terletak di sebuah paya di Taboh[2].
Naning jatuh ke tangan penjajah [sunting]
Naning telah jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada bulan Jun 1832 apabila Taboh telah ditawan dan pasukan di bawah pimpinan Undang Naning ke-9, Dato' Abdul Said bin Omar @ Dol Said telah berundur setelah berlaku beberapa pertempuran dengan pihak Inggeris selama lebih kurang 2 bulan.[3]. Setelah itu Naning pun dimasukkan di bawah pentadbiran wilayah Melaka pada tahun 1833.
Undang Naning [sunting]
Jawatan Penghulu atau Undang Naning dikatakan mula diwujudkan setelah Melaka diambilalih oleh Belanda daripada Portugis pada tahun 1641 dan Naning dikira termasuk didalam pengaruh Belanda. Jawatan tersebut diwujudkan diatas cadangan pihak Belanda dan dipilih oleh penduduk Naning.[4][5]
| Bil. | Undang | Pemerintahan |
|---|---|---|
| 1. | Dato' Megat Alam Melintang | 1641[5] - |
| 2. | Dato' Megat Junjungan Limau | - |
| 3. | Dato' Juara Megat | 1703 - |
| 4. | Dato' Kokah Bernama Zohri | - |
| 5. | Dato' Gahang Berbulu | - |
| 6. | Dato' Selamat Idris | - |
| 7. | Dato' Timbo | - |
| 8. | Dato' Anjak | 1786 - 1801 |
| 9. | Dato' Abdul Said bin Omar @ Dol Said | 1801 - 1849 |
| 10. | Dato' Idas | 1849 - 1870[6] |
| 11. | Dato' Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim | 1870 - 1900[6] |
| 12. | Dato' Ranting | 1900[6] - |
| 13. | Dato' Hassan | - 1916[6] |
| 14. | Dato' Omar Bin Hassan | 1918 - 1923 [7] |
| 15. | Dato' Arshad | 1923 - 1932[7] |
| 16. | Dato' Osman bin Kering | 1932 - 1942 [7] |
| 17. | Dato' Cek Lah bin Mohd Sab | - 1949[7] |
| 18. | Dato' Mohd Shah bin Mohd Said al-haj | 1951 - 2004[8] |
| 19. | Dato' Abdul Latif bin Hj. Hashim[8] | 2004 - sekarang |
Kawasan Naning [sunting]
Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning telah menjadi sebahagian daripada negeri Melaka. Naning dibahagiakan kepada 25 mukim seperti berikut:-
- Dalam Daerah Alor Gajah
- Ramuan China Besar
- Ramuan Cina Kecil
- Sungai Baru Ulu
- Masjid Tanah
- Sungai Siput
- Berisu
- Ayer Paabas
- Lendu
- Sungai Buloh
- Melekek
- Taboh Naning
- Pegoh
- Kelemak
- Pulau Sebang
- Tanjung Rimau
- Padang Sebang
- Gadek
- Melaka Pindah
- Rembia
- Sungai Petai
- Kemmunig
- Tebong
- Dalam Daerah Jasin
Rujukan [sunting]
- Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj (2000). Tambo Alam Naning. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). ISBN 9836247211.
- Haji Buyong Adil (1983). Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan : Abad 15 - 19. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
- New Sunday Times : Ex-police constable is 19th Datuk Undang Naning. New Straits Times. November 26, 2006.
- Abdullah Zakaria bin Ghazali. Sejarah Ringkas Naning. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.
Nota kaki [sunting]
- ↑ Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Tambo Alam Naning, DBP, 2000, ms 146.
- ↑ Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Tambo Alam Naning, DBP, 2000, ms 148
- ↑ Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Tambo Alam Naning, DBP, 2000, ms 459
- ↑ Sejarah Ringkas Naning, ms 17
- ↑ 5.0 5.1 Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan : Abad 15-19, ms 77
- ↑ 6.0 6.1 6.2 6.3 Sejarah Ringkas Naning, ms 19
- ↑ 7.0 7.1 7.2 7.3 Sejarah Ringkas Naning, ms 20
- ↑ 8.0 8.1 New Sunday Times, 26 November 2006