Alor Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 2°23′U 102°13′T / 2.383°U 102.217°T / 2.383; 102.217


Flag of Malacca.svg

Daerah
Melaka
Alor Gajah
الور ڬاجه
Pejabat daerah Alor Gajah
Pegawai daerah Haji Hassim bin Ismail
Kawasan
 - Jumlah 660 km²
Populasi
 - Anggaran 2001 141,850
 - Kepadatan 214.9/km²
* BN=Barisan Nasional
1 Majlis Perbandaran Alor Gajah

Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, 24 km dari Bandar Melaka.

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.

Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.

Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942.Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang.Pihak KTMB sedang merancang untuk membina semula laluan kereta api hingga ke Bandaraya Melaka dari Pulau Sebang. Jika diluluskan projek itu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Daerah Alor Gajah juga turut terlibat Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik yang sedang giat dilaksanakan sekarang antara Seremban ke Gemas. Lokasi stesen KTMB Pulau Sebang sekarang akan dipindahkan beberapa meter ke arah selatan dari stesen sedia ada. Apabila stesen KTMB Pulau Sebang siap pada tahun 2012 turut dilengkapi dengan Perhentian Bas dan Teksi Pulau Sebang. Hal ini kelak menjadikan Pulau Sebang mempunyai sistem pengangkutan yang bersepadu yang melibatkan kereta api bas dan teksi. Secara tidak langsung Projek Sebang Sentral yang pernah diuar-uarkan menjadi kenyataan. Potensi Bandar Pulau Sebang akan bertambah maju.Limpahan pembangunan bukan sahaja akan berlaku di Bandar Alor Gajah tetapi turut dirasai dengan lain-lain kawasan yang berhampiran. Kerajaan Negeri Melaka mahukan Stesen KTMB Pulau Sebang kelak tidak lagi dibayangi dengan Tampin sebaliknya Stesen KTMB ini merupakan stesen yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka.

Sehingga kini Daerah Alor Gajah telah mempunyai 25 orang Pegawai Daerah sejak tahun 1938.

Pengangkutan Alor Gajah boleh dihubungi melalui Lebuh Raya Utara-Selatan. Plaza Tol Simpang Ampat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Gajah.Alor Gajah merupakan satu-satunya bagi Negeri Melaka yang mempunyai stesen kereta api. Stesen Kereta Api Pulau Sebang terletak kira-kira 8 kilometer arah ke Tampin.Satu lagi stesen KTMB daerah Alor Gajah terletak di Tebong. Walau bagaimanapun tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian kerja-kerja naiktaraf juga dilakukan kerana laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini.

Penduduk [sunting]

Mengikut tahun: [sunting]

  • 1980 : 113,083 orang
  • 1991 : 116,653 orang
  • 2000 : 132,317 orang

Mengikut jantina: [sunting]

  • Lelaki : 65,074
  • Perempuan : 67,243

Mengikut kaum: [sunting]

Mukim di Alor Gajah [sunting]

Alor Gajah mempunyai keluasan 67,440 hektar. Keluasan mukim-mukim dalam daerah ini adalah seperti berikut:

No. Mukim-mukim Keluasan (hektar)
1. Lendu 2,717
2. Masjid Tanah 1,956
3. Ramuan Cina Kecil 1,329
4. Sungai Baru Tengah 2,181
5. Kuala Sungai Baru 1,109
6. Sungai Baru Ilir 3,914
7. Berisu 2,067
8. Tanjung Rimau 521
9. Padang Sebang 834
10. Belimbing 366
11. Parit Melana 632
12. Pegoh 1,829
13. Kelemak 1,793
14. Taboh Naning 3,184
15. Melekek 1,122
16. Rembia 1,661
17. Pulau Sebang 705
18. Tebong 3,414
19. Pekan Kemuning 2,552
20. Gadek 1,485
21. Machap 7,612
22. Melaka Pindah 2,432
23. Durian Tunggal 5,180
24. Sungai Petai 1,780
25. Sungai Baru Ulu 3,569
26. Beringin 384
27. Ayer Paabas 2,961
28. Sungai Siput 1,953
29. Ramuan China Besar 1,938
30. Sungai Buloh 816
31. Kuala Linggi 2,444
Jumlah 67,440

Ia merangkumi beberapa mukim seperti berikut:-[1]

  1. Mukim Ayer Pa'Abas
  2. Mukim Belimbing
  3. Mukim Beringin
  4. Mukim Brisu
  5. Mukim Durian Tunggal
  6. Mukim Gadek
  7. Mukim Kelemak
  8. Mukim Kemuning
  9. Mukim Kuala Linggi
  10. Mukim Kuala Sungei Baru
  11. Mukim Lendu
  12. Mukim Machap
  13. Mukim Masjid Tanah
  14. Mukim Malaka Pindah
  15. Mukim Melekek
  16. Mukim Padang Sebang
  17. Mukim Parit Melana
  18. Mukim Pegoh
  19. Mukim Pulau Sebang
  20. Mukim Ramuan China Besar
  21. Mukim Ramuan China Kechil
  22. Mukim Rembia
  23. Mukim Sungei Baru Ilir
  24. Mukim Sungei Baru Ulu
  25. Mukim Sungei Baru Tengah
  26. Mukim Sungei Buloh
  27. Mukim Sungei Petai
  28. Mukim Sungei Siput
  29. Mukim Taboh Naning
  30. Mukim Tanjong Rimau
  31. Mukim Tebong
  32. Bandar Alor Gajah
  33. Bandar Masjid Tanah
  34. Bandar Pulau Sebang
  35. Pekan Durian Tunggal
  36. Pekan Kuala Sungai Baru
  37. Pekan Lubok China
  38. Pekan Rembia

Bandar dan pekan dalam daerah Alor Gajah [sunting]

Bandar
  1. Alor Gajah
  2. Masjid Tanah
  3. Pulau Sebang
Pekan
  1. Ramuan Cina Kecil
  2. Sungai Siput, Melaka
  3. Berisu
  4. Melekek
  5. Ayer Paabas
  6. Taboh Naning
  7. Simpang Ampat
  8. Tanjung Rimau
  9. Gadek
  10. Kemuning
  11. Tebong
  12. Kuala Sungga
  13. Melaka Pindah
  14. Machap Baru
  15. Durian Tunggal
  16. Belimbing Dalam
  17. Parit Melana
  18. Beringin
  19. Rembia
  20. Sungai Petai
  21. Lendu
  22. Kelemak
  23. Ramuan Cina Besar
  24. Kuala Linggi
  25. Kuala Sungai Baru
  26. Sungai Baru Tengah
  27. Sungai Baru Ilir
  28. Sungai Baru Ulu
  29. Sungai Udang
  30. Pegoh
  31. Padang Sebang

Pendidikan [sunting]

Sekolah menengah [sunting]

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Naning
  5. Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong
  8. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba
  12. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin

Institut Pengajian tinggi [sunting]

  1. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  2. Universiti Teknologi MARA Alor Gajah (UiTM)
  3. Kolej Matrikulasi Melaka
  4. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
  5. Kolej Komuniti Alor Gajah
  6. Universiti Kuala Lumpur (Cawangan Alor Gajah)

Rujukan [sunting]

  • De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922. 

Lihat juga [sunting]

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]