Kuih matahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih matahari kecil (perisa gula melaka)

Kuih matahari (太阳饼, disebut Tai Yang Bing) ialah sejenis makanan snek masyhur di Taiwan, berasal dari bandar Taichung. Intinya lazim terdiri dari maltosa (gula malt pekat), dan ia biasanya dijual dalam kotak hadiah khas sebagai cenderamata untuk para pengunjung. Sesetengah kedai pastri kuih matahari masyhur sentiasa mempunyai baris panjang orang menunggu untuk membeli kuih matahari siap dikotak.

Bentuk kuih matahari adalah bulat, dengan pelbagai saiz. Kuih ini dicirikan oleh kulit rangup. Banyak orang memakannya dengan teh Cina, dan sesetengah orang melarutkan kuih matahari dalam air panas untuk membuat suatu pencuci mulut seperti bubur.

Asal-usul kuih matahari[sunting | sunting sumber]

Kuih atau kek mahatari pertama dibuat oleh keluarga Lin di kawasan She-Ko Kaunti Taichung. Keluarga Lin menggunakan gula malt pekat sebagai inti untuk pastri kek. Kemudian, pembuat pastri Wei Qing-hai mengubahsaikan kek ini menjadi bentuk kini.[1]

Walaupun tidak digelar "kuih matahari" pada awalnya, kuih ini mendapat nama sekarang oleh pemilik "Sun Booth"[2], salah satu dari kedai pastri termasyhur yang menjualnya. Nama itu tidak dipatenkan, dan kedai pastri lain menggunakan nama sama untuk kuih matahari mereka sendiri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]