Kuih serabai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih serabai.

Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka + santan-rasanya lemak manis).

Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah.

Di sesetengah negeri, kuih serabai juga biasa dihidangkan pada kenduri arwah, biasanya ia dihidangkan pada hari kelima arwah.

nama lain bagi kuih serbai adalah kuih mayat


Resepi[sunting | sunting sumber]

  • 500 ml santan (dari 1/2 kelapa putih)
  • sedikit garam

Bahan A[sunting | sunting sumber]

  • 150 g tepung beras
  • 300 ml air

Bahan B[sunting | sunting sumber]

  • 1 biji telur
  • 300 g tepung beras
  • 600 ml air

Bahan Kuah[sunting | sunting sumber]

  • 900 ml santan (dari 1 kelapa)
  • 300 g gula melaka
  • 2 helai daun pandan, disimpulkan
  • sedikit garam
  • 2 biji telur
  • 1 camb tepung beras

Cara-cara[sunting | sunting sumber]

Santan dijerang bersama garam hingga mendidih. Santan perlu dikacau selalu untuk mengelak santan berkepala. Angkat dan biar sejuk. Gaulkan bahan A dan jerang atas api perlahan sambil dikacau hingga kental.

Gaulkan semua bahan B, masukkan adunan A dan santan yg dimasak. Kacau sebati dan biar 4 jam. Panaskan acuan serabai atas api perlahan. Masukkan adunan secukupnya dalam setiap acuan. Tutup dan masak selama 5 min kemudian angkat.

Kuah[sunting | sunting sumber]

Untuk membuat kuah: Jerang santan dengan gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Satukan telur dan tepung beras, tuangkan ke dalam santan dan kacau hingga mendidih. Angkat dan sajikan dengan serabai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]