Kumbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kumbang
Julat zaman: 318–0Jtl
Pennsylvanian – Sekarang
Kolaj spesies Coleoptera pada latar belakang putih. dari kiri atas ke kanan bawah, kumbang rusa keemasan betina (Lamprima aurata), kumbang badak (Xylotrupes gideon), spesies Amblytelus , Kumbang koboi (Chondropyga dorsalis), dan Kumbang hidung panjang (Rhinotia hemistictus).
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Kelas: Serangga
Subkelas: Pterygota
Infrakelas: Neoptera
Superorder: Endopterygota
Order: Coleoptera
Linnaeus, 1758
Suborder

Coleoptera (disebut /koʊliːˈɒptərə/), spesies biasanya dipanggil Kumbang ialah order serangga yang terbesar, dan mengandungi lebih banyak spesies daripada order lain dalam alam haiwan, mengandungi hampir 25% daripada semua benda hidup yang dikenalpasti.[1] Kira-kira 40% daripada spesies serangga yang dikenalpasti ialah kumbang (kira-kira 400,000 spesies[2]), dan spesies baru sentiasa dijumpai. Beberapa anggaran meletakkan jumlah bilangan, yang telah dan belum dikenalpasti, sehingga setinggi 100 juta, tapi 1 juta mungkin lebih tepat.[3] Keluarga taksonomi terbesar, Curculionidae (weevil atau kumbang muncung), juga tergolong dalam order ini.

Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras, berfungsi melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan penerbangan. Sewaktu terbang sayap belakang yang digunakan, makanala sayap hadapan terbuka dan terentang, tidak digunakan. Alat mulut kumbang terdiri daripada mandibel yang kuat digunakan untuk menggigit, mengerat atau mengunyah makanan yang terdiri daripada benda padat. Kumbang boleh di dapati di pelbagai habitat daratan maupun akuatik. Malah terdapat kumbang yang merupakan perosak bijirin yang disimpan, seperti kumbang beras dan kumbang tepung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Powell, Jerry A. (2009). "Coleoptera". Dalam Resh, Vincent H.; Cardé, Ring T. Encyclopedia of Insects (edisi ke-2 (illustrated)). Academic Press. ms. 1132. ISBN 9780123741448. Diperoleh pada 14 November 2010. 
  2. P. M. Hammond 1992. Species inventory. pp. 17–39 in Global Biodiversity, Status of the Earth’s Living Resources, B. Groombridge, ed. Chapman and Hall, London. 585 pp.
  3. Arthur D. Chapman (2009). Numbers of Living Species in Australia and the World (PDF) (edisi ke-2nd). Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. ISBN 978-0-642-56861-8. Diarkibkan daripada asal pada 2009-10-07. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibuku
Wikibuku Dichotomous Key mempunyai satu laman topik mengenai

Global[sunting | sunting sumber]