Kumpulan Bee Gees

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bee Gees
Berasal dari Isle of Man
Brisbane, Australia
Genre Blue-eyed soul
Disko
Pop
Tahun aktif 1958–2003
Label Festival, Polydor, Atco, RSO, Warner Bros., Rhino
Laman web Official Bee Gees.com
Bekas ahli
Barry Gibb
Maurice Gibb
Robin Gibb
Vince Melouney
Colin Petersen
Geoff Bridgeford
Alan Kendall
Dennis Bryon
Blue Weaver

Kumpulan Bee Gees merupakan trio bersaudara - Barry, Robin, dan Maurice Gibb - yang paling terkenal dan berjaya di dunia. Mereka telah berjaya menjual lebih daripada 130 juta album di seluruh dunia. Dilahirkan di Isle of Man, keluarga mereka berpindah ke England dan kemudian Brisbane, Australia semasa mereka masih kecil. Di sana mereka memulakan kerjaya mereka sebelum kembali ke England dan menjadi popular.

Mereka mula terkenal di Britain setelah lagu Massachuset telah menduduki carta teratas pada tahun 1968. Itu merupakan lagu pertama yang menaikkan populariti mereka. Stelah beberapa tahun dihimpit masalah seperti visa dua ahli kumpulan tersebut tamat tempoh dan penarikan diri Robin Gibb daripada kumpulan terebut. Pada tahun 1969, Robin Gibb menghasilkan lagu Saved By The Bell yang mengungguli carta lagu di Britain dan pada masa yang sama lagu Don't forget To Remember yang dihasilkan oleh dua saudaranya yang lain berada di kedudukan yang kedua. Setelah beberapa ketika mereka besatu kembali dan kali ini misi untuk menakluki pasaran muzik Amerika pula. Pada tahun 1970, lagu Lonely Day mula mandapat perhatian tetapi setelah lagu How Can you Mend A BrOken Heart meletup di corong-corong radio, ia mendaki anak tangga dan akhirnya berada di kedudukan teratas carta Billboard. Lagu ini menjadi suilan dan kegemaran pada masa itu.