Kumpulan LG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
LG Group
LG 그룹
Jenis Awam (KSE: 003550)
Ditubuhkan 1947 di Busan, Korea Selatan
Ibu pejabat Bendera Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Kawasan Di seluruh dunia
Orang utama Koo Bon-Moo, (Pengerusi & CEO)
Yu Sig Kang, (Timbalan Pengerusi & Co-CEO)
Juno Cho, (EVP, COO, & Pengarah)
Industri Konglomerat
Produk Elektronik
Barangan kimia
Telekomunikasi
Hasil $104.3 bilion (115 Trilion KRW) (2008)[1]
Pekerja 177,000 (2008)[2]
Subsidiari LG Electronics
LG Display
LG Chemical
LG Telecom
LG Powercom
LG Twins
LG Dacom
Laman web www.lg.net

Kumpulan LG merupakan sebuah syarikat konglomerat ketiga terbesar di Korea Selatan. Mereka memfokuskan kepada penghasilan barangan-barangan elektronik, telefon bimbit dan bahan-bahan petrokimia. Kumpulan LG beroperasi di lebih 80 buah negara serta mempunyai banyak anak syarikat, antaranya termasuklah LG Electronics.

Nama LG bermaksud "Bintang Emas Bertuah" (Lucky GoldStar). Lucky GoldStar juga merupakan nama syarikat sehingga tahun 1995.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Pengasas LG Group, Koo In Hwoi menubuhkan Lak Hui Chemical Industrial Corp. pada tahun 1947.[3] Pada tahun 1952, Lak Hui (kini LG Chemical) menjadi syarikat Korea pertama yang menceburi industri pengeluaran plastik. Sementara perniagaan plastiknya berkembang, ia menubuhkan GoldStar Co., Ltd., (kini LG Electronics Inc.) pada tahun 1958.

Pada tahun 1959, Goldstar menghasilkan radio pertama buatan Korea. Kebanyakan peralatan elektronik pengguna dijual dengan menggunakan jenama GoldStar, sementara beberapa peralatan lain (tidak didapati di luar Korea Selatan) menggunakan jenama Lucky. Jenama Lucky lebih dikenali kerana barisan produk kebersihannya seperti sabun dan detergen.

Pada tahun 1995, ia dinamakan semula sebagai "LG", kependekan bagi "Bintang Emas Bertuah" (Lucky GoldStar). Terkini, syarikat ini sering dikenali dengan slogan "Life's Good", yang menggunakan huruf LG. Pada Januari 2009 LG berjaya membeli nama domain LG.com - ia kini merupakan antara syarikat besar yang menggunakan nama domain dua huruf.[4]. Jumlah transaksi bagi pembelian nama domain berkenaan masih dirahsiakan.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain