LG Electronics

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
LG Electronics
Jenis Awam
Ditubuhkan 1958
Ibu pejabat Bendera Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Orang utama Yong Nam, Naib Pengerusi & CEO
Industri Telekomunikasi bimbit, paparan digital, peralatan digital dan media digital
Hasil AS$68.8 bilion
Pekerja 82,772 (29,948 di Korea/ 52,824 di luar negara) - setakat tahun 2006
Induk Kumpulan LG
Laman web LG Electronics Worldwide
Hangul LG전자

LG Electronics (KSE: 066570, LSE: LGLD), adalah pengeluar televisyen kedua terbesar di dunia[1] serta pengeluar telefon bimbit ketiga terbesar di dunia.[2]

Beribupejabat di Menara Berkembar LG di Yeouido, Seoul, Korea Selatan, LG Electronics adalah syarikat utama di dalam Kumpulan LG, salah satu konglomerat terbesar di dunia.

Syarikat ini mempunyai 75 anak syarikat di seluruh dunia yang merekabentuk dan megneluarkan televisyen, peralatan rumah, serta peranti telekomunikasi. LG Electronics membeli Zenith Electronics dan mengawal 37.9 peratus dalam syarikat LG Display.

Isi kandungan

[sunting] Rumusan

Menjelang tahun 2005, LG merupakan antara 100 jenama global paling utama, dan pada tahun 2006, LG mencatatkan pertumbuhan pasaran sebanyak 14%.[3] Kini sebagai pengeluar paparan plasma terbesar di dunia,[4] anak syarikatnya, LG Display, merupakan salah satu syarikat pengeluar paparan hablur cecair terbesar di dunia. Juga pada tahun 2006, bahagian telefon bimbitnya, LG Mobile, mengeluarkan telefon bimbit LG Chocolate, sekaligus mengubah imej syarikat yang dikenali sebagai pengeluar telefon bimbit 3G yang tebal. Ia kini memfokuskan terhadap reka bentuk dan pemasaran telefon bimbit seperti LG Shine, LG Glimmer dan LG Prada (KE850). Hasilnya, syarikat dipilih sebagai "Pasukan Perekabentuk Terbaik Tahunan" oleh Anugerah Rekabentuk Red Dotpada tahun 2006~2007 serta sering digelar sebagai "Apple Baru" dalam industri ini serta di kalangan komuniti dalam talian.

Pada tahun 2006, untung bersih syarikat adalah sejumlah AS$226 juta, dengan jumlah pulangan AS$24.7 bilion.[3]

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain