Kumpulan Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa ke-309

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kumpulan Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa ke-309
Amarc-16may1992.jpg
Pandangan AMARG dari udara. Foto diambil pada 16 Mei, 1992
Aktif 2007-kini
Negara Amerika Syarikat
Cawangan Tentera udara
Jenis Kumpulan
Peranan Sokongan peralatan
Sebahagian daripada Perintah Kelengkapan Tentera Udara
Markas/Ibu pejabat Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan
Komander
Komander
semasa
Kolonel Thomas A. Schneider


Kumpulan Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa ke-309 (bahasa Inggeris: 309th Aerospace Maintenance and Regeneration Group atau AMARG),[1] seringkali dipanggil dengan nama The Boneyard, merupakan sebuah kemudahan penyimpanan dan penyelenggaraan milik Tentera Udara Amerika Syarikat di Tucson, Arizona. Secara tepatnya, ia terletak di dalam Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan. AMARG dahulunya dikenali sebagai Pusat Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa atau AMARC. Sebelum itu, ia juga dikenali sebagai Pusat Pelupusan dan Penyimpanan Pesawat Tentera atau MASDC.

AMARG kini menyimpan lebih daripada 4,400 buah pesawat, termasuk 700 buah F-4 Phantom II, yang mana harga pembelian asalnya dianggarkan bernilai kira-kira AS$ 27 bilion. Sebagai sebuah unit Perintah Bahan Tentera Udara, kumpulan ini diletakkan di bawah arahan Sayap Penyelenggaraan ke-309 di Pangkalan Tentera Udara Hill, Utah. Asalnya AMARG dibina untuk tujuan menyimpan lebihan pesawat milik Jabatan Pertahanan dan Pengawal Pantai, akan tetapi sejak beberapa tahun yang lepas telah didesignasikan sebagai tempat penyimpanan tunggal bagi pesawat yang tidak digunakan lagi daripada kesemua cabang perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat.

Papan tanda selamat datang di AMARG sebelum penukaran namanya pada tahun 2007.
Boeing 707 digunakan sebagai bahagian alat ganti bagi kerangka pesawat C-135 Stratolifter di AMARG.
Pesawat pengebom B-1 Lancer yang disimpan di AMARG
Pesawat pejuang F-4 Phantom II milik Tentera Laut A.S di AMARG.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]