Tentera Udara Amerika Syarikat
| Tentera Udara Amerika Syarikat | |
|---|---|
|
Cop mohor Tentera Udara Amerika Syarikat |
|
| Aktif | 18 September 1947 - kini |
| Negara | |
| Kesetiaan | Presiden Amerika Syarikat |
| Peranan | "Menyediakan pilihan untuk mempertahankan kedaulatan Amerika Syarikat dan kepentingan globalnya. Terbang dan bertempur di udara, angkasa dan alam siber"[1] |
| Keanggotaan | 328,600 anggota tetap 5,778 pesawat (2,402 buah adalah pesawat pejuang) 450 peluru berpandu ICBM |
| Markas/Ibu pejabat | Pentagon |
| Pengasas | Jabatan Pertahanan Jabatan Tentera Udara |
| Cogan kata | "Above All" |
| Warna | Biru dan Emas |
| Perang/pertempuran | Lihat senarai |
| Komander | |
| Komander semasa |
Ketua Staf - Kosong [2] |
| Ketua istiadat | Timbalan Ketua Staf - Jeneral Duncan McNabb |
| Tanda kebesaran | |
| Simbol identifikasi |
|
| Simbol identifikasi |
|
Tentera Udara Amerika Syarikat adalah cabang tentera udara Angkatan Tentera Amerika Syarikat, dan merupakan salah satu dari tujuh perkhidmatan beruniform di Amerika Syarikat. Pada awalnya ia telah ditubuhkan sebagai Kor Udara Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Tentera Udara A.S ditubuhkan sebagai cawangan tentera yang berasingan pada 18 September, 1947.[3] dan merupakan cawangan terakhir dari angkatan tentera A.S yang ditubuhkan.
Isi kandungan |
Latar belakang [sunting]
Tentera Udara A.S merupakan angkatan tentera udara yang terbesar, dan mempunyai teknologi termaju di dunia. Ia memiliki sebanyak 5,778 buah pesawat (4,093 buah milik tentera udara; 1,289 buah milik Pengawal Kebangsaan Udara; dan 396 buah milik Pasukan Simpanan Tentera Udara);[4] kira-kira 156 buah Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandu (UCAV), 2130 buah Peluru berpandu kruis pelancaran udara,[5] dan 450 peluru berpandu balistik antara benua. Sehingga 30 September 2007, Tentera Udara A.S mempunyai 328,600 anggota perkhidmatan aktif, 117,497 anggota Arahan Simpanan Tentera Udara, dan 106,700 anggota Pengawal Udara Kebangsaan. Tentera Udara juga menggaji seramai 168,900 orang awam termasuk penggajian tidak langsung warganegara asing.[6]
Pada tahun 2007, disebabkan oleh kekangan belanjawan, Tentera Udara A.S telah mengurangkan saiz kekuatannya anggota dalam perkhidmatan aktifnya dari 333,000 kepada 316,000 anggota, yang mana merupakan kekuatan terkecil sejak serangan ke atas Pearl Harbor. Berdasarkan kenyataan Ketua Staff Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral T. Michael Moseley.[7] Kekuatan anggota tugas aktif sekarang adalah kira-kira 70% daripada kekuatan Tentera Udara A.S semasa akhir Perang Teluk pertama pada tahun 1991.[8]
Tidak semua pesawat tempur angkatan tentera Amerika Syarikat dikendalikan oleh Tentera Udara A.S. Sebagai contoh, Tentera Darat Amerika Syarikat mengendalikan sendiri helikopternya, kebanyakannya digunakan untuk menyokong serangan darat; ia juga memiliki dan menyelenggara sejumlah kecil pesawat kepak kaku (terutamanya Pesawat Udara Tanpa Pemandu) (UAV). Tentera Laut Amerika Syarikat pula bertanggungjawab atas pelbagai jenis pesawat, termasuk pesawat tempur udara dan rondaan maritim yang beroperasi di atas 11 buah kapal pengangkut pesawat dan pesawat pengangkut yang beroperasi di beberapa pangkalan udara di seluruh dunia. Kor Marin pula menggunakan pesawat tempur dan pengangkut mereka sendiri untuk menyokong misi darat dan sering kali digunakan bersama dengan penerbangan laut. Pengawal Pantai Amerika Syarikat juga mengoperasi pesawat pengangkut dan Cari dan Selamat (SAR), yang berperanan dalam pertempuran dan penguatkuasaan undang-undang. Kesemua cabang dalam angkatan tentera A.S mengoperasi helikopter.
Jabatan Tentera Udara diketuai oleh seorang penjawat awam yang di kenali sebagai Setiausaha Negara Tentera Udara yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal pentadbiran. Jabatan Pertahanan Tentera Udara ialah satu cabang dari Jabatan Pertahanan, yang diketuai oleh Setiausaha Pertahanan. Pangkat tertinggi bagai pegawai tentera di Jabatan Pertahanan Tentera Udara ialah Ketua Staf Tentera Udara Amerika Syarikat.
Misi [sunting]
1. Berdasarkan kepada Akta Keselamatan Kebangsaan 1947 (61 Stat. 502) yang mana membawa kepada penubuhan Tentera Udara:
In general the United States Air Force shall include aviation forces both combat and service not otherwise assigned. It shall be organized, trained, and equipped primarily for prompt and sustained offensive and defensive air operations. The Air Force shall be responsible for the preparation of the air forces necessary for the effective prosecution of war except as otherwise assigned and, in accordance with integrated joint mobilization plans, for the expansion of the peacetime components of the Air Force to meet the needs of war.
2. §8062 of Title 10 US Code (10 USC 8062) mentakrifkan tujuan Tentera Udara seperti berikut:
- Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan bersedia untuk mempertahankan, Amerika Syarikat, Tanah Jajahannya, Negera-negara Berdaulat, dan hak miliknya, dan sebarang kawasan yang diduduki oleh Amerika Syarikat;
- Untuk menyokong Polisi Negara;
- Untuk melaksanakan objektif negara;
- Untuk menentang negara-negara yang bertindak agresif yang membahayakan keamanan dan keselamatan Amerika Syarikat.
3. Misi Tentera Udara Amerika Syarikat adalah "Menyediakan pilihan untuk mempertahankan kedaulatan Amerika Syarikat dan kepentingan globalnya. Terbang dan bertempur di udara, angkasa dan alam siber".[9]
Cari dan Selamat [sunting]
Rancangan Pencarian dan Penyelamatan Kebangsaan memperakui Pengawal Pantai Amerika Syarikat sebagai sebuah agensi persekutuan yang bertanggungjawab untuk menjalankan operasi Cari dan Selamat (SAR) di laut , dan Peronda Udara Awam dari Tentera Udara Bantuan Amerika Syarikat bertanggungjawab untuk tugas Cari dan Selamat di tanah besar.[10] Kedua-dua agensi berkerjasama dalam Pusat Penyelaras Penyelamatan untuk menyelaraskan usaha ini.[3]
Sejarah [sunting]
Tentera Udara Amerika Syarikat menjadi cabang perkhidmatan tentera yang berasingan pada 18 September 1947, dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Kebangsaan 1947.[11] Akta ini telah menubuhkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, yang terdiri dari tiga cabang tentera iaitu, Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara yang baru dibuka.[12] Sebelum 1947, tanggungjawab bagi penerbangan tentera di kongsi antara Tentera Darat (bagi operasi di darat) dan Tentera Laut, bagi operasi pesawat di atas kapal pengangkut pesawat dan peperangan amfibia. Tentera Darat A.S mencipta permulaan penubuhan bagi Tentera Udara pada 1907, melalui perubahan pada organisasi, gelaran, dan misi yang mana telah berkembang ke arah pemisahan fungsi 40 tahun berikutnya. Organisasi sebelum Tentera Udara A.S. sebelumnya adalah:
- Divisyen Penerbangan, Kor Isyarat A.S - (1 Ogos 1907 hingga 18 Julai 1914)
- Seksyen Penerbangan, Kor Isyarat A.S - (18 Julai 1914 hingga 20 Mei 1918)
- Divisyen Penerbangan Tentera - (20 Mei 1918 hingga 24 Mei 1918)
- Perkhidmatan Udara Angkatan Tentera Darat A.S - (24 Mei 1918 hingga 20 Julai 1926)
- Kor Udara Angkatan Tentera Darat A.S - (20 Julai 1926 hingga 20 Jun 1941), dan
- Tentera Udara Angkatan Tentera Darat A.S - (20 Jun 1941 hingga 17 September 1947)
Peperangan [sunting]
Tentera Udara A.S terlibat dalam banyak peperangan, konflik, dan operasi sejak dan sebelum operations since, and before, its conception; these include:
- Perang Dunia I[13] Seksyen Penerbangan, Kor Isyarat A.S.
- Perang Dunia II[14] Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
- Perang Dingin
- Perang Korea
- Perang Vietnam
- Operasi Cakar Helang
- Operation Urgent Fury
- Operasi Ngarai Eldorado
- Serangan Amerika Syarikat ke atas Panama
- Perang Teluk
- Operation Northern Watch
- Operation Southern Watch
- Perang Kosovo
- Operasi Mengekalkan Kebebasan
- Operasi Kebebasan Iraq
Operasi kemanusiaan [sunting]
Tentera Udara A.S. banyak melibatkan diri dalam pelbagai operasi kemanusiaan. Beberapa operasi kemanuasian adalah seperti berikut:[15]
- Berlin Airlift (Operation Vittles), 1948-1949
- Operation Safe Haven, 1956-1957
- Operations Babylift, New Life, Frequent Wind, and New Arrivals, 1975
- Operation Provide Comfort, 1991
- Operation Sea Angel, 1991
- Operation Provide Hope, 1992-1993
- Operation Unified Assistance, Disember 2004 - April 2005
Organisasi pentadbiran [sunting]
Tentera Udara A.S merupakan satu daripada 3 jabatan perkhidmatan, dan diuruskan oleh seorang (kakitangan awam) dari Jabatan Tentera Udara. Arahan diterima daripada Setiausaha Tentera Udara(SECAF) dan kakitangan dan penasihatnya. Kepemimpinan tentera terletak di bahu Staf Udara, yang diketuai oleh Ketua Staf.
Struktur ketenteraan [sunting]
Ibu pejabat, Tentera Udara Amerika Syarikat, Pentagon, Arlington, Virginia
Perintah Tempur Udara (ACC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Langley, Virginia
Tentera Udara Pertama, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Tyndall, Florida
Tentera Udara ke-8, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Barksdale, Louisiana
Tentera Udara ke-9, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Shaw, Carolina Selatan
Tentera Udara ke-12, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan, Arizona
Perintah Latihan dan Pendidikan Udara (AETC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Randolph, Texas
Tentera Udara ke-2, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Keesler, Mississippi
Tentera Udara ke-19, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Randolph, Texas
Perintah Siber Tentera Udara (Provisional) (AFCYBER), bertempat sementara di Pangkalan Tentera Udara Barksdale, Louisiana
Air Force Materiel Command (AFMC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson, Ohio
Perintah Simpanan Tentera Udara (AFRC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Robins, Georgia
Tentera Udara ke-4, berpangkalan di Pangkalan Simpanan Udara March, California
Tentera Udara ke-10, berpangkalan di Pangkalan Simpanan Bersama Udara Tentera Laut Fort Worth, Texas
Tentera Udara ke-22, berpangkalan di Pangkalan Simpanan Udara Dobbins, Georgia
Perintah Angkasa Lepas Tentara Udara (AFSPC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Peterson, Colorado
Tentera Udara ke-14, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California
Tentera Udara ke-20, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara F. E. Warren, Wyoming
Perintah Operasi Khas Tentera Udara (AFSOC), berpangkalan di Hurlburt Field, Florida
Perintah Mobiliti Udara (AMC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Scott, Illinois
Tentera Udara ke-18, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Scott, Illinois
Tentera Udara Amerika Syarikat di Eropah (USAFE), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Ramstein, Jerman
Tentera Udara ke-3, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Ramstein, Jerman
Tentera Udara ke-17, berpangkalan di Sembach Annex, Jerman
Tentera Udara Pasifik (PACAF), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Hickam, Hawaii
Tentera Udara ke-5, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Yokota, Jepun
Tentera Udara ke-7, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Osan, Korea Selatan
Tentera Udara ke-11, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Elmendorf, Alaska
Tentera Udara ke-13, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Hickam, Hawaii
Kakitangan tetap Tentera Udara A.S. sehingga 30 September 2006,[16] consisted of:
- Tentera dalam perkhidmatan aktif:
- 57 sayap penerbangan, 8 sayap angkasa, dan 55 sayap bukan penerbangan
- 9 kumpulan penerbangan, 8 kumpulan bukan penerbangan
- 134 skuadron penerbangan, 43 skuadron angkasa
- Tentera Udara Simpanan
- 35 sayap penerbangan, 1 sayap angkasa
- 4 kumpulan penerbangan
- 67 skuadron penerbangan, 6 skuadron angkasa
- Pengawal Udara Kebangsaan
- 87 sayap penerbangan
- 101 skuadron penerbangan, 4 skuadron angkasa
- 87 sayap penerbangan
Tentera Udara A.S dan pasukan simpanan udaranya berjumlah 302 skuadron penerbangan.[17]
Pesawat [sunting]
Tentera Udara A.S memiliki lebih 7,500 buah pesawat yang ditauliahkan setakat tahun 2004. Sehingga tahun 1962, Tentera Darat dan Tentera Udara mengekalkan sistem yang serupa dalam menamakan pesawat, sementara Tentera Laut pula menggunakan sistem yang berbeza. Pada tahun 1962, penamaan ini digabungkan dan memberi kesan secara langsung akan kaedah yang digunakan oleh Tentera Darat/Udara.
Pesawat dalam pemilikan tentera udara sekarang[18]:
Serangan (Sokongan dekat udara) [sunting]
Pengebom [sunting]
Pengangkut Operasi Khas [sunting]
- An-26 Curl
- C-5A/B/C/M Galaxy
- C-12C/D/F Huron
- C-17A Globemaster III
- C-20A/B/C Gulfstream III
- C-20G/H Gulfstream IV
- C-21A Learjet
- C-22B
- VC-25A (Air Force One)
- C-26B Metroliner
- C-29A
- C-32A
- C-37A Gulfstream V
- C-38 Courier
- C-40B Clipper
- C-41A Aviocar
- C-130E/H/J Hercules
- HC-130H/N
- LC-130H
- MC-130E/H/W Combat Talon/Combat Spear
- WC-130J
- C-135C/E/K Stratolifter
- NC-135B/E/W
- VC-137C
- CN-235-100 [19]
- E-9A
- CV-22B Osprey
- TC-18E
- TC-135S
- TC-135W
- WC-135C/W
Peperangan elektronik (AWACS) [sunting]
Pejuang [sunting]
Helikopter [sunting]
Penangki [sunting]
Pengawasan [sunting]
Latihan [sunting]
- NT-39A/B Sabreliner
- T-1A Jayhawk
- T-6 Texan II
- (A)T-38A/B/C Talon
- Boeing T-43
- TG-3A
- TG-4A
- TG-7A
- TG-9A
- TG-10B/C/D
- TG-11A
- TG-15A/TG-15B
- UC-26C
- UV-18A/B Twin Otter
- UV-20A Chiricua
- U-28A
Rujukan [sunting]
- ↑ Jabatan Tentera Udara - Keutamaan perubahan
- ↑ Kenyataan akhbar Release No. 020608, 5 Jun, 2008 Setiausaha Tentera Udara, Pejabat Hubungan Awam
- ↑ 80 P.L. 235, 61 Stat. 495 (1947); Hubungan Tentera Udara, (2006)Fakta: Tentera Udara Amerika Syarikat. Dicapai 7 April, 2006.
- ↑ "Almanak Tentera Udara 2008", Majalah AIR FORCE, Mei 2008, m/s.61.
- ↑ "Galeri senjata Tentera Udara A.S, Almanak Tentera Udara 2008", Majalah AIR FORCE, Mei 2008, m/s.155. Tentera Udara A.S bercadang untuk menghentikan penggunaan 460 AGM-129 pada 2008, dan 528 ALCM sebelum tahun 2012.
- ↑ "Almanak Tentera Udara 2008", Majalah AIR FORCE, Mei 2008, m/s.48. Rakyat asing yang di ambil bekerja adalah 6,617 orang.
- ↑ Wawancara, Air Internationals ? vol.74 ?.
- ↑ "Almanak Tentera Udara A.S 2006: Kekuatan Anggota Tentera Udara A.S". AIR FORCE Magazine. http://www.afa.org/magazine/may2006/0506structure.pdf. Capaian 20 Jan. 1991 510,000; 2006 352,000
- ↑ Hubungan Tentera Udara, (2005). Tentera Udara mengeluarkan Penyataan Misi terkini. Dicapai 8 Disember, 2005.
- ↑ Rancangan Pencarian dan Penyelamatan Kebangsaan 2007
- ↑ Komuniti Perisikan A.S (Oktober 2004). Akta Keselamatan Dalam Negara 1947. Dicapai 14 April 2006.
- ↑ Jabatan Negara A.S (2006). Akta Keselamatan Dalam Negara 1947. Dicapai 14 April 2006.
- ↑ Risalah Tentera Udara 36-2241 (1 Julai 2007). [1].
- ↑ Risalah Tentera Udara 36-2241 (1 Julai 2007). [2].
- ↑ Sumber utama bagi operasi kemanusiaan Tentera Udara A.S. adalah Panduan Kajian Penyeliaan Pemeriksaan Tentera Udara A.S. (2005)
- ↑ "Almanak Tentera Udara A.S 2007: Major Commands". AIR FORCE Magazine. http://www.afa.org/magazine/may2007/0507majcoms.pdf. Capaian 9 Feb.
- ↑ "Almanak Tentera Udara A.S 2007: Skuadron Tentera Udara A.S mengikut jenis misi". AIR FORCE Magazine. http://www.afa.org/magazine/may2007/0507structure.pdf. Capaian 9 Feb.
- ↑ Susunan pesawat Tentera Udara A.S - termasuk jumlah pesawat dalam perkhidmatan aktif
- ↑ http://www.airliners.net/open.file/775218/L/
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tentera Udara Amerika Syarikat |
- Laman web rasmi Tentera Udara A.S
- Laman web rasmi pengambilan anggota Tentera Udara A.S
- DoSomethingAmazing.com Laman web rasmi pengambilan anggota Tentera Udara A.S di media]
- Pejabat sokongan sejarah Tentera Udara A.S
- Laporan sejarah Tentera Udara A.S di Pusat Carian
- Agensi Penyelidikan Sejarah Tentera Udara A.S
- Muzium Kebangsaan Tentera Udara A.S
- Lamabang Tentera Udara A.S
- Carian sendiri Tentera Udara A.S
- Trup komunikasi Tentera Udara A.S
|
|
|||||