La rondine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senarai opera Giacomo Puccini

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)

La rondine ("The swallow" atau "burung layang-layang") ialah opera tiga babak penggubah Giacomo Puccini ditulis untuk libreto Itali oleh Giuseppe Adami, berdasarkan libreto oleh Alfred Maria Willner dan Heinz Reichert

Persembahan pertama opera ini dibuat di Théâtre de l’Opéra (dikenali juga sebagai "Théâtre du Casino") di Monte Carlo pada 27 Mac 1917.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 1913, lembaga pengarah Carltheater dari Vienna meminta Puccini menggubah satu opereta. Setelah mengesahkan bahawa opera itu bercorak opera komik seperti opera “Der Rosenkavalier “ arahan Richard Strauss tetapi lebih bertenaga dan menarik, Puccini akhirnya bersetuju. Kerja penggubahan berjalan perlahan dan siap setelah dua tahun lamanya. Disebabkan perang Dunia I meletus di sebahagian negara-negara di Eropah, lembaga pengarah Carltheater dari Vienna melepaskan pegangan kontrak kepada syarikat lain, dan negara Monte Carlo yang tidak terbabit di dalam peperangan terpilih untuk opera pembukaan.

Jalan cerita La rondine agak sama dengan opera Giuseppe Verdi yang berjudul La traviata. Sesetengah pengkritik memanggil opera ini sebagai opera "lelaki malang La traviata".

Peranan[sunting | sunting sumber]

Peranan Jenis suara Tayangan pembukaan
Mac 27, 1917
(Konduktor: Gino Marinuzzi)
Magda de Civry soprano Gilda dalla Rizza
Lisette, pembantu Magda soprano Ines Maria Ferraris
Ruggero Lastouc tenor Tito Schipa
Prunier, Pemuisi tenor Francesco Dominici
Rambaldo Fernandez, Pengawal Magda bariton Gustave Huberdeau
Périchaud bariton-bes
Gobin tenor
Crébillon bariton-bes
Rabonnier bariton
Yvette soprano
Bianca soprano
Suzy mezzo-soprano
Seorang "butler" Bes
Suara soprano
Ahli-ahli kumpulan aristokrat, pelajar-pelajar, pelukis, orang ramai yang berpakaian elegen, pelayan, gadis penari
dan ramai lagi

Plot[sunting | sunting sumber]

Poster asal pada malam pembukaan
Tempat: Paris.
Masa: Pertengahan abad ke-19.

Aria-aria terkenal[sunting | sunting sumber]

  • "Forse, come la rondine" - Prunier dalam Babak I
  • "Ore dolci e divine" - Magda dalam Babak I
  • "Chi il bel sogno di Doretta?" - Magda dalam Babak I
  • "Figliuolo, tu mi dici" - Magda dalam Babak II
  • "Dimmi che vuoi seguirmi" - Ruggero dalam Babak III

Pautan luar[sunting | sunting sumber]