Il trittico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senarai opera Giacomo Puccini
GiacomoPuccini.jpg

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)

Il trittico (The Triptych bermaksud tiga bahagian dalam satu [1]) ialah judul untuk koleksi tiga opera satu babak Il tabarro, Suor Angelica, dan Gianni Schicchi, oleh penggubah Giacomo Puccini. Kesemua tiga opera ini dipersembahkan buat pertamakali di Metropolitan Opera pada Disember 14, 1918.

Puccini inginkan agar kesemua tiga opera ini dibuat sebagai satu “set” opera, namun pada hari ini, adalah menjadi perkara lazim untuk satu atau dua sahaja opera Il trittico dibuat pada satu-satu malam persembahan. Kadang-kala, hanya satu sahaja opera ini dipersembahkan dan dipasangkan dengan satu lagi opera satu babak yang ditulis oleh penggubah lain.

Opera Il trittico dibuat seimbang dengan tiga jenis jalan cerita; Il tabarro, yang pertama mempunyai jalan cerita kelam dan keras, penuh dengan keganasan dan berkait rapat dengan opera Verismo [2] . Opera babak ke-2, Suor Angelica, pula adalah kegemaran peribadi Puccini yang berkisarkan kisah keagaamaan, manakala opera ke-3, Gianni Schicchi, ialah opera yang paling popular di antara semua yang menceritakan kisah sifat tamak dan penipuan bercampur dengan aksi sendaan dan komidi.

Persembahan opera Il trittico yang terakhir sekali dibuat sehingga kini ialah di rumah opera terkemuka New York, di Metropolitan Opera pada 20 April 2007 dibawah arahan Jack O'Brien.

Rujukan[sunting | sunting sumber]