Il tabarro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senarai opera Giacomo Puccini

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)

Il tabarro ialah opera satu babak oleh hasil karya penggubah Giacomo Puccini ditulis untuk libreto Itali oleh Giuseppe Adami, berdasarkan penulisan Didier Gold yang berjudul La Houppelande. Opera ini merupakan yang pertama di dalam opera 3 bahagian Il trittico. Persembahan pertama opera ini dibuat di Metropolitan Opera di New York pada 1918.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Peranan Jenis suara Tayangan pembukaan
Disember 14, 1918
(Konduktor: Roberto Moranzoni)
Michele, pemilik kapal bariton Luigi Montesanto
Giorgetta, isteri Michele soprano Claudia Muzio
Luigi, pekerja pemunggah tenor Giulio Crimi
Tinca, pekerja pemunggah tenor Angelo Bada
Talpa , pekerja pemunggah' bes Adamo Didur
La Frugola , isteri Talpa mezzo-soprano Alice Gentle
Pekerja-pekerja pemunggah, peniaga dan pasangan kekasih

Aria-aria terkenal[sunting | sunting sumber]

  • "Hai ben ragione" - Luigi
  • "Nulla, silenzio" - Michele

Plot[sunting | sunting sumber]

Tempat: Sebuah kapal di sungai Seine, Paris.
Masa: Tahun 1910.

Ketika para pekerja sedang sibuk memunggah barang dari kapal, Michele berfikir samada isterinya, Giorgetta masih jujur kepadanya atau tidak. Isterinya kerap melayan para pekerja dengan menuang wine dan menari bersama-sama. Namun begitu Giorgetta sebenarnya bercinta secara rahsia dengan Luigi, salah seorang pekerja pemunggah. Michele membunuh Luigi apabila mendapat tahu dan menunjukkan mayat Luigi kepada Giorgetta untuk memberitahu bahawa beliau telah membunuh kekasih isterinya.

Rakaman terpilih[sunting | sunting sumber]

Tahun Penyanyi-pelakon
(Michele, Giorgetta, Luigi)
Konduktor,
rumah opera dan orkestra
Label
1994 Juan Pons,
Teresa Stratas,
Plácido Domingo,
James Levine,
Metropolitan Opera orchestra and chorus
CD Audio: Deutsche Grammophon
Kat: 00440 073 4024

Nota: "Kat:" ialah singkatan untuk nombor katalog syarikat rakaman; manakala ASIN ialah nombor rujukan amazon.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]