Lady and the Tramp II: Scamp's Adventure

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lady and the Tramp II: Scamp's Adventure
Fail:Lady and the Tramp II Scamp's Adventure.jpg
Bekas DVD
Pengarah Darrell Rooney
Jeannine Roussel
Penerbit Jeannine Roussel
David W. King
Pengarang Bill Motz
Bob Roth
Lakonan Scott Wolf
Roger Bart
Alyssa Milano
Susan Egan
Jeff Bennett
Jodi Benson
Jess Harnell
Muzik Danny Troob
Studio DisneyToon Studios
Pengedar Buena Vista Home Entertainment
Mula ditayang Februari 27, 2001 (2001-02-27)
Tempoh ditayang 70 minit
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris

Lady and the Tramp II: Scamp's Adventure (Lady dan Tramp II: Pengembaraan Scamp) ialah sebuah filem animasi Amerika Syarikat tahun 2001 langsung ke video yang dihasilkan oleh DisneyToon Studios dan dikeluarkan pada 27 Februari 2001. Filem ini susulan kepada filem animasi Disney Lady and the Tramp (1955). Cerita ini berpusatkan anak anjing Lady dan Tramp, Scamp, dan keinginannya untuk menjadi seekor "anjing liar". Filem ini dihasilkan di Walt Disney Animation Australia yang telah ditutup.[1] Disney mengeluarkan semula filem ini di Amerika Syarikat dalam DVD selepas pengeluaran semula DVD filem pertama pada 20 June 2006.[2] DVD Edisi Istimewa (Special Edition DVD) kembali kepada Peti Disney (Disney Vault) pada 31 Januari 2007.

Mengikut Lady and the Tramp Digital Book mempromosikan Diamond Edition Lady and the Tramp, Lady and the Tramp II: Scamp's Adventure akan dikeluarkan dalam Blu-Ray pada musim panas 2012.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Pada 1911, hanya dua hari sebelum 4 Julai, Lady dan Tramp mempunyai tiga ekor anak betina dan seekor anak anjing jantan bernama Scamp yang tidak baik tingkah lakunya. Selepas mengunyah topi kegemaran Jim Dear dan menyebabkan kesepahan besar semasa mengejar sebiji bola di dalam rumah , Scamp diletakkan di luar dan dirantai ke sebuah rumah anjing. Ibu bapanya, Tramp si anjing campuran dan Lady si anjing cocker spaniel Amerika, kebingungan bahawa anaknya tidak boleh menetap dan tinggal di sebuah rumah. Tramp pergi bercakap dengan anaknya dan menemui Scamp melolong terhadap bulan. Mereka berdua berbual, tetapi Scamp tetapi berkeinginan untuk menjadi seekor "anjing liar", menyebabkan perdebatan dan Tramp meninggalkannya dijengkel selepas memarahi Scamp. Semasa berkemarahan dan dirantai di luar, Scamp terlihat sekumpulan anjing liar mengganggu seorang penangkap anjing dan menjadi tertarik. Scamp dapat melepaskan diri daripada rantai dan lari mengejar kumpulan tersebut. Dia terjumpa seekor ahli muda kumpulan itu, Angel, dan mereka berdua pergi ke tapak sampah dengan kumpulan anjing itu, bernama Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dogs).

Scamp cuba untuk menyertai Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dogs) terus, tetapi ketuanya, Buster, memberi Scamp suatu "ujian" untuk membuktikan keberaniannya. Ujian itu termasuk mencuri sebuah tin daripada seekor anjang ganas dan besar bernama Reggie. Scamp hampir dapat tetapi sebaliknya dikejar oleh Reggie. Dia dan Angel dapat melarikan diri daripada Reggie dan melihat dia ditangkap oleh penangkap anjing. Buster mengaguminya tetapi memberitahu Scamp bahawa dia perlukan lagi satu ujian.

Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dogs) bertuju ke sebuah taman di mana Sparky, seekor daripada Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dogs), memberitahu suatu cerita ditotok tambah tentang Tramp dan bagaimana dia lenyap (jelasnya dia lompat daripada sebatang balak untuk elakkan dua puluh empat orang penangkap anjing), seekor anjing liar di mana Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dogs) pernah bertadah kepada. Buster dengan geramnya marah bahawa dia tidak mati sebagai wira; dia larikan diri dengan Lady untuk menjadi seekor haiwan peliharaan. Buster kemudian lihat bahawa Scamp menggaru sama seperti Tramp dan mengugut Scamp bahawa jika dia berkaitan dengan Tramp dia akan membunuhnya. Scamp tidak boleh percaya bahawa ayahnya pernah menjadi seekor Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dog).

Selepas Scamp jatuh ke dalam sebatang sungai dengan Angel selepas terlepas setipisnya daripada sebuah kereta api, dua ekor anjing itu sedar bahawa persahabatan mereka telah menjadi cinta. Selepas persiaran romantik mereka terlalu di jalan tempat tinggal Scamp dan mereka berhadap dengan keluarga Scamp mencarinya. Apabila Scamp mengelaknya, Angel dijengkel bahawa dia lebih memilih tinggal di jalanan daripada keluarga berkasih sayang, kerana Angel juga pernah menjadi haiwan peliharaaan kepada lima keluarga.

Di perkelahan Hari Kemerdakaan (Independence Day), Busters berpetunjuk bahawa Scamp anak Tramp, jadi dia memberitahu Scamp untuk mencuri seketul ayam daripada perkelahan keluarga Scamp. Scamp, berazam untuk membuktikan bahawa dia seekor Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dogs), mecuri ayam itu tetapi dikejar Tramp. Tramp menghadapi anaknya di sebatang lorong dan minta dia pulang, tetapi Buster tiba dan suatu perdebatan kejadian terhadap Scamp memberitahu Tramp bahawa dia memilih untuk tinggal dengan Buster. Buster bersedap hati, dan Tramp, dengan sedihnya, beritahu Scamp apabila dia sudah mempunyai cukup, dia boleh pulang. Buster dengan rasminya mengumumkan Scamp seekor Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dogs) dengan menanggalkan kolar Scamp.

Semasa meraikan bahawa dia seekor Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dog), Angel memarahi Scamp kerana dia berkata begitu pada Tramp dan mengingatkan dia semula bahawa keluarganya menyayanginya. Selepas Buster tanya Scamp bahawa dia mahu menjadi seekor anjing rumah, Scamp terjengkel dan terkata bahawa Angel mahu jadi seekor anjing rumah. Buster, masih mahu berbalas terhadap Tramp, memerangkapkan Scamp (yang sedang mencari Angel), tidak berkolar, ditangkap oleh penangkap anjing. Bersendirian dan ketakutan di dalam van penangkap anjing, Scamp sedar bahawa dia rindukan keluarganya dan mahu pulang. Angel terlihatnya di belakang van itu dan pergi memberitahu keluarganya. Sementara, Scamp diletakkan di dalam sangkar bersama Reggie. Tramp, tiba pada masanya, dapat melawan Reggie dan menyelamatkan anaknya. Sebelum mereka pulang, Scamp meminta maaf kepada ayahnya kerana berkelakuan buruk. Mereka pergi ke tapak sampah, di mana Scamp mendapatkan kolarnya. Scamp kemudiannya memerangkapkan Buster di bawah sampah sarap, tetapi ahli gengnya tidak menolong dan sebaliknya meninggalkannya, supaya mereka boleh mencari keluarga. Anjing-anjing pulang, dan terdapat penyatuan semula yang riang ria. Keluarga itu pilih untuk membawa masuk Angel ke dalam keluarga itu dan Angel sangat gembira. Scamp dan Angel dimandikan dan filem itu berakhir.

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Joanna Romersa, seorang pengarah pengaturan masa animasi untuk filem ini, seorang Disney Trainee untuk penghasilan Lady and the Tramp asal, dijemput oleh Jeannine dan Darrell untuk bekerja terhadap filem ini.[3]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Rotten Tomatoes menilai filem ini kini 44% tanpa sepakat. Sambutan penonton lebih baik daripada sambutan kritikal.[4]

Watak[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan watak asal kembali, termasuk Tony dan Joe dari Tony's.

  • Scamp atau "Whirlwind" seperti dipanggil oleh Tramp, disuara oleh Scott Wolf (suara percakapan) dan Roger Bart (suara nyanyian), protagonis muda dalam filem ini dan menyerupai ayahnya, Tramp, dan menyerupai ibunya, Lady. Dia bermula sebagai seekor anak anjing yang degil dan pentingkan diri sendiri, tetapi telah bertukar hati untuk keluarganya selepas mengetahui bahawa Buster menipu, dan kerana dia sedar dia tidak selamat di luar. Dia berbahagian anjing cocker spaniel Amerika (dari ibu dan bapanya) dan berbahagian Standard Schnauzer (dari ayahnya). Tetapi lebih menyerupai ayahnya, Tramp.
  • Angel, disuara oleh Alyssa Milano (suara percakapan) dan Susan Egan (suara nyanyian), seekor Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dog) yang pernah menjadi haiwan peliharaan dan pasangan Scamp. Pada hujung filem, dia diadopsikan oleh Jim Dear dan Darling. Dia juga memberi Scamp suatu panggilan kerana dia kurang pengalaman di jalanan lalu memanggilnya "tenderfoot" yang juga sebab kenapa dia suka Scamp. Dia baik tetapi tetap gagah.
  • Lady, disuara oleh Jodi Benson, ibu Annette, Scamp, Collette, dan Danielle dan pasangan Tramp. Kerana menjadi ibu kepada empat, kebanyakan kenaifannya dalam filem pertama digantikan dengan tanggungjawab. Dia lebih bimbang untuk Scamp daripada Tramp.
  • Tramp, disuara oleh Jeff Bennett, bapa Annette, Scamp, Collette dan Danielle. Dia seekor Standard Schnauzer. Mereka memanggilnya seekor 'mutt' kerana tidak mengingati apa dia. Dia biasakan dirinya terhadap rumah semasa masanya sebagai haiwan peliharaaan. Dia digambarkan sebagai firma, tetapi masih ayah yang bimbang, dan juga berwatak dalam filem ini. Namun begitu, dia masih ada beberapa 'street smarts' untuk digunakan.
  • Annette, Danielle dan Collette, disuara oleh Kath Soucie dan Debi Derryberry berurutan, ialah kakak-kakak Scamp dan menyerupai Lady, ibu mereka. Mereka sangat manis, dan fikirkan diri mereka sendiri sahaja dan tidak menghormati Scamp sehingga pertengahan filem di mana mereka mula merinduinya. Danielle berkolar putih, Collette berkolar merah, dan Annette berkolar biru. Nama sebenar mereka tidak disebut dalam filemnya, disimpan untuk kredit. Walau mereka bersikap pelik terhadap Scamp pada masanya mereka tetap sayangkannya kerana dia adiknya.
  • Jim Dear dan Darling', disuara oleh Nick Jameson dan Barbara Goodson berurutan, ialah pemilik Lady, Tramp, Annette, Scamp, Collette, dan Danielle.
  • James Brown Jr. "Junior", disuara oleh Andrew McDonough, anak Jim Dear dan Darling dan pemilik Lady, Tramp, Annette, Scamp, Collette, dan Danielle.
  • Aunt Sarah, disuara oleh Tress MacNeille, makcik kepada Junior dan pemilik Si dan Am.
  • Si and Am, disuara oleh Mary Kay Bergman dan Tress MacNeille berurutan, ialah kucing Siam. Mereka berwatak lebih kecil dalam filem ini daripada yang pertama.
  • Jock and Trusty, disuara oleh Jeff Bennett, jiran Lady dan Tramp. Apabila Scamp lenyap, mereka mengikuti pencariannya.
  • Penangkap Anjing (The Dogcatcher), disuara oleh Jeff Bennett, mengejar Anjing Tapak Sampah (Junkyard Dogs), berazam untuk menangkap mereka.
  • Tony, disuara oleh Jim Cummings, pelayan Tony's.
  • Joe, disuara oleh Michael Gough, penolong Tony. Kedua-dua mereka hanya berwatak kecil dalam filem ini.
  • Reggie, disuara oleh Frank Welker, seekor bulldog sangat ganas dan besar. Di kejar Scamp di sebatang jalan, tetapi ditangkap oleh pengangkap anjing yang terhantarkannya ke gerai tomato. Kemudian, Dia dirantai apabila berusaha untuk membunuh Scamp, tetapi dikalahkan oleh Tramp. Menariknya, Reggie boleh diperasan kerana berekor pendek dan kaki depan kanannya yang hampir dipotong.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu dikarang oleh Danny Troob. Lagu-lagu ditulis oleh Melissa Manchester dan Norman Gimbel.

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • "Welcome Home" - dipersembahkan oleh korus, Jeff Bennett, Jodi Benson, Kath Soucie, Jim Cummings, Michael Gough, dan Debi Derryberry.
  • "World Without Fences" - dipersembahkan oleh Roger Bart.
  • "Junkyard Society Rag" - dipersembahkan oleh Jess Harnell, Cathy Moriarty, Bill Fagerbakke, Bronson Pinchot, dan Mickey Rooney.
  • "I Didn't Know That I Could Feel This Way" - dipersembahkan oleh Roger Bart and Susan Egan.
  • "Always There" - dipersembahkan oleh Roger Bart, Susan Egan, Jeff Bennett san Jodi Benson.
  • "Belle Notte (This is the Night)" - duet dipersembahkan oleh Joy Enriquez dan Carlos Ponce.[5]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini pertama kalinya dikeluarkan pada 27 Februari 2001 dalam kaset video dan DVD. Filem ini juga dikeluarkan pada 20 Jun 2006 dalam DVD Edisi Istimewa (Special Edition DVD), dan akan dikeluarkan semula dalam Special Edition Blu-ray dan DVD combo pack pada Musim Panas 2012.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Disney cans Australian animation operation ABC News Online, Wednesday July 27, 2005
  2. Lady and the Tramp II: Scamp's Adventure - Special Edition DVD Press Release
  3. Lady and the Tramp II Scamp's Adventure: DVD, Backstage Disney, 'Joanna Romersa worked on both films'
  4. "Lady and the Tramp II: Scamp's Adventure Movie Reviews, Pictures". Rotten Tomatoes. Flixster. Diperolehi pada Mac 2, 2012. 
  5. Lady and the Tramp II: Scamp's Adventure Review - Video Games and DVD Reviews - Movies, TV Series, Gaming

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: