Lakki Marwat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lakki Marwat atau Lakki ialah ibu Daerah Lakki Marwat, di Wilayah Sempadan Barat Laut Pakistan. Bandar ini terletak pada koordinat 32° 41' 25" Utara 70° 50' 5" Timur dan mempunyai purata ketinggian 255 meter. Secara pentadbiran bandar ini dibahagi menjadi 2 majlis kesatuan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1844 Fateh Khan Tiwana, pemungut hasil kerajaan Sikh, membina dan menempatkan sebuah kubu di jantung Marwat yang disebut Ihsanpur. Sebuah bandar berkembang di situ dan menjadi ibu kota Marwat hingga 1864, apabila ia ditinggalkan dan penduduknya dipindahkan ke Lakki, di tebing kanan Sungai Gambila. Perbandaran ini dibentuk pada 1874.

Selama pemerintahan British Lakki menjadi markas utama Marwat Tehsil daripada daerah Bannu, kemudian menjadi sebahagian daerah Dera Ismail Khan. Populasi penduduk pada 1901 adalah 5,218 orang. Purata pendapatan selama sepuluh tahun ialah Rs. 5,200, kebanyakannya didapati daripada oktroi. Pekan ini mempunyai farmasi dan sekolah menengah vernakular diuruskan oleh perbandaran.

Pada 1 Januari 2010, setidaknya 93 orang terbunuh di bandar Lakki Marwat apabila seorang pengebom berani mati meledakkan dirinya di sebuah perlawanan bola tampar.