Sikh

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Kuil Emas di Amritsar, Punjab, India merupakan kuil paling suci bagi agama Sikh
Kuil Emas di Amritsar, Punjab, India merupakan kuil paling suci bagi agama Sikh
Sikh
Jumlah populasi

26 juta

Bilangan penduduk mengikut wilayah
Bendera India India = 20,000,000
Afrika Timur = 1,000,000
Bendera Kanada Kanada = 600,000
Flag of the United States Amerika Syarikat = 500,000
Bendera Eropah Eropah
Bendera Belgium Belgium = 5,000 - 6,000
Bendera Greece Greece = 5,000
Flag of the United Kingdom United Kingdom = 700,000
Asia Tenggara = 250,000
Bendera Malaysia Malaysia = 100,000
Bendera Thailand Thailand = 70,000
Bendera New Zealand New Zealand = 80,000
Bendera Australia Australia= 50,000
Timur Tengah = 85,000
Bendera Pakistan Pakistan = 30,000 - 35,000
Bendera Itali Itali = 70, 000 [1]
Agama / Kepercayaan
Sikh
Penulis asas agama
Guru Granth Sahib
Bahasa
Hindi, Punjabi

Agama Sikh (bahasa Panjabi: ਸਿੱਖੀ, sikkhī, IPA: /ˈsɪkkʰiː/) atau Sikhisme adalah sebuah agama di India yang muncul pada penghujung abad ke-15 dan awal abad ke-16.


Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengasas agama ini ialah Guru Nanak (1469-1539), Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan dan dipanggil waheguru. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru. Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat beliau dan secara perlahan-lahan. Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang tidak meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan "Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K".

[sunting] Lima K

Lima K atau panj kakaar/kakke ini perlu dipakai sepanjang masa kerana diarahkan pakai oleh mahaguru Sikh yang ke-10, Guru Gobind Sngh Ji. Guru Gobind Singh telah mewajibkan 5 K dipakai pada tahun 1699 di Anandapur Sahib. Hari itu dinamakan Vasakhi.

Lima K ini termasuklah:

  • kesh (rambut yang tidak dipotong)
  • kanga (sikat)
  • kara (gelang ditangan kanan)
  • kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam)
  • kachha (seluar dalam panjang)

Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara. Gurdwara Emas di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi penganut Sikh.

[sunting] Guru Sikh

  1. Guru Nanak Dev
  2. Guru Angad Dev
  3. Guru Amar Das
  4. Guru Ram Das (menyiapkan pembinaan kuil emas)
  5. Guru Arjun Dev (penulis Adi Granth)
  6. Guru Har Gobind (pembawa Miri dan Piri)
  7. Guru Har Rai
  8. Guru Har Krishan
  9. Guru Teg Bahadur
  10. Guru Gobind Singh
  11. Guru Granth Sahib

Tokoh suci Sikh:

Tokoh lain:

[sunting] Hari-hari keagamaan

Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanskar yang bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood" Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu

  • Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
  • Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)
  • Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)
  • Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
  • Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)

Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian.

Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.

[sunting] Adat istiadat penganut Sikh

Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara penting dan ianya dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "Singa" dan Kaur pula bermaksud "Puteri".

Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara - pemakaian turban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.

Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.

[sunting] Bilangan penganut Sikh

Terdapat 26 juta penganut Sikh. 75 % menetap di India. 60 % tinggal di negeri Punjab, India iaitu 2/3 daripada penduduk negeri Punjab. Tempat lain ialah di of Haryana, Himachal Pradesh, Jammu and Kashmir, Rajasthan, Uttar Pradesh, Uttaranchal, Maharashtra dan Delhi. Ramai daripada mereka berhijrah ke Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat , Timur Tengah, Afrika Timur, Asia Tenggara, Eropah Barat, Australia dan New Zealand.

[sunting] Penyertaan

Penganut Sikh aktif dalam politik di pelbagai tempat di seluruh dunia terutama di India.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi