Lambang negara Thai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garuda Emblem of Thailand.svg

Lambang negara Thai dikenali sebagai Phya-Khrut dalam bahasa Thai. Phya bermakna "raja" atau "ketua" dan Khrut bermakna "Garuda"; seekor burung mitos yang berbadan dan berkepala manusia dan mempunyai kepak dan kuku burung helang. Phya Khrut adalah lambang kebangsaan Thai dan oleh itu dipamerkan dan diperlakukan dengan cara yang hormat. Hanya perniagaan-perniagaan besar dan berpengaruh diberi izin oleh kerajaan Thai untuk mempamerkan lambang Phya-Khrut di hadapan bangunan mereka. Burung Garuda ini telah digunakan dengan secara rasmi oleh Raja Vajiravudh (Rama VI) dalam tahun 1911.