Maha Vishnu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Vishnu)
Lompat ke: pandu arah, cari
Vishnu
LVishnu.jpg
Dewa Perlindungan / Tertinggi
Devanagari: विष्णु
Penggabungan: Trimurti
Kediaman: Vaikuntha
Senjata: Sudarshana Chakra dan Kaumodaki
Pasangan: Lakshmi
Gunung: Garuda
Planet: Vaikuntha

Vishnu (IAST viṣṇu, Devanagari विष्णु), (hormatan: Sri Vishnu) atau juga dikenali sebagai Narayana, merupakan Tuhan Tertinggi atau Kenyataan Akhir bagi Vaishnavas dan satu manifestasi bagi Brahman dalam tradisi Advaita atau Smarta dalam agama Hindu.

Dalam Trimurti, Vishnu bertanggung jawab dalam pemeliharaan Alam semesta, dengan peranan lain penciptaan dan pemusnahan masing-masing di bawah Brahma dan Shiva.

Rupa Vishnu adalah bersifat Yoga. Rupa Vishnu berasaskan kepada prinsip Vedanta. Konsep Ananta atau Sesha-sayana yang menunjukkan Vishnu berbaring di atas ular besar adalah menakjubkan. Banyak kuil-kuil mempunyai rupa ini, contohnya kuil di Srirangam dan Trivandrum. Vishnu tidur di lautan susu yang mewakili tahap Turiya yang tenang, manis dan tanpa gangguan. Adisesha, ular besar yang menjadi katilnya, bermaksud kesedaran manusia. Dalam tradisi Yoga, ular ialah simbol Kundalini, Lingkaran Kuasa.

Vishnu bermaksud 'Orang yang meliputi segala-galanya.' Vishnu meliputi alam semesta. Maka, orang Hindu berkata, 'Tuhan berada di semua tempat'. Vishnu juga dikenali sebagai Narayana ('Orang yang menjadikan hati manusia sebagai kediaman-Nya'). Antara mantera Vishnu yang popular ialah:

  • Om Namo Bhagavate Vasudevaya 
  • Om Namo Narayanaya

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Hindu Culture and Epics Templat:VishnuAvatars Templat:Famous Vishnu temples