Langshan Croad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Croad Langschan
Seekor Langshan Croad jantan
Status pemuliharaanDutty (United Kingdom)
Negara asalChina
Kegunaantelur, hiasan
Ciri-ciri
BeratJantan: 3.5–5 kg[perlu rujukan]
 Betina: 2.5–3.5 kg[perlu rujukan]
Warna telurperang
Jenis balungsisir
Klasifikasi
APAkaki berbulu[1]
PCGBbulu lembut: besar[2]
Ayam
Gallus gallus domesticus

Croad Langshan adalah satu baka ayam yang tua, bersaiz besar dan berbulu lembut. Ia dipercayai berasal daripada China.

Asal[sunting | sunting sumber]

Import pertama kali direkodkan daripada kawasan Langshan ('Wolf Mountain') yang terletak dipinggir Nantong pada tahun 1872 oleh Mejar F.T. Croad yang membawanya masuk ke Britain. Anak saudara Mejar Croad, Cik A. C. Croad mendapat kredit kerana telah memperkenalkan baka ini di Britain. Kelab Langshan Croad telah ditubuhkan di Britain pada tahun 1904. Nama ‘Croad’ digunakan untuk membezakannya dengan baka asal Langshan, yang diimport oleh Mejar Croad, yang mana merupakan unggas utiliti yang baik, dengan Langshan Moden bersaiz tinggi yang dibiakkan bagi tujuan hiasan. Seperti baka-baka lain, jumlahnya berkurang selepas Perang Dunia II dan akhirnya ia tinggal tanpa mempunyai kelab di UK. Langshan Croad diselamatkan oleh Persatuan Unggas Ganjil sehingga tahun 1979 selepas kelabnya diasaskan kembali.

Langshan telah diimport ke Amerika Utara pada tahun 1878 dan diterima masuk ke dalam standard pada tahun 1883. Langshan Putih telah diterima ke dalam standard 10 tahun kemudian pada tahun 1893. Terdapat tiga variati Langshan yang telah diterima ke dalam standard AS iaitu Hitam, Putih dan Biru. Langshan Biru hanya diterima pada tahun 1987.

Pada tahun 1879, baka ini dibawa masuk ke Jerman. Langshan Jerman terhasil daripada baka ini. Selepas Perang Dunia II, Langshan Croad telah diperkenalkan semula ke Jerman daripada AS.

Langshan Croad asal memiliki warna hitam dengan kilauan hijau. Ia masih merupakan warna utama sehingga hari ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.
  2. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:British Isles livestock