Lapangan Terbang Sabiha Gökçen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lapangan Terbang Sabiha Gokcen)
Lompat ke: pandu arah, cari
Lapangan Terbang Sabiha Gokcen
İstanbul Sabiha Gökçen Uluslararası Havalimanı
[[Fail:Sabiha Gökçen International Airport.jpg|220px]]
IATA: SAWICAO: LTFJ
Rumusan
Destinasi Istanbul, Turki
Lokasi Pendik, Istanbul, Turki
Ketinggian AMSL 95.10 m / 312.01 ft
Koordinat Latitud N40* 53.9000', Longitud E29* 18.5500'
Laman sesawang http://www.sabihagokcen.aero/homepage


Lapangan Terbang Sabiha Gokcen (IATA: SAWICAO: LTFJ) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Istanbul, Turki. Lapangan terbang ini diuruskan syarikat Malaysia, Malaysia Airports, LIMAK Holding dan GMR Infrastructure Limited untuk selama 20 tahun.[1]

Lapangan Terbang Sabiha Gokcen terletak pada kedudukan Latitud N40* 53.9000', Longitud E29* 18.5500' pada ketinggian 95.10 meter dari aras laut.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Nama lapangan terbang ini diinspirasikan tentang kehebatan Sabiha Gokcen sebagai juruterbang wanita pertama dalam sejarah Turki. [2] . Beliau menjadi kebanggaan buat Turki kerana berjaya dalam bidang penerbangan dan berhasil melakukan beberapa rekod dalam sejarah penerbangan di Turki. Pencapaian ini hasil dasar persamaan gender yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk, presiden pertama Republik Turki.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang ini terletak di bahagian Asia Istanbul dan 30 kilometer di tenggara Stesen Keretapi Haydarpaşa dan Pelabuhan Kadıköy di pusat bandar Istanbul. Lapangan terbang ini menjadi lapangan terbang kedua yang memberi perkhidmatan kepada keperluan trafik udara Istanbul selepas Lapangan Terbang Ataturk.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang ini mempunyai 112 kaunter daftar masuk dan 30 kaunter masuk layan diri. Untuk penumpang antarabangsa, 50 kaunter pasport disediakan di balai ketibaan dan balai berlepas. Medan selera pula mempunyai ruang sebanyak 5000 meter kaki persegi. Bersebelahan terminal baru, sebuah hotel yang mempunyai 128 bilik didirikan. Kemudahan bilik persidangan sebanyak 400 kaki meter persegi turut disediakan.[1]

Akses[sunting | sunting sumber]

Jalan Raya[sunting | sunting sumber]

Melalui Lebuhraya Trans-Eropah Tabliczka E80.svg dari Ankara, ikut papan tanda arah untuk ke Sabiha Gokcen selepas persimpangan Kartal, selepas 2 km akan sampai ke lapangan terbang. Manakala dari Istanbul, selepas persimpangan Şekerpınar, ikut papan tanda ke Sabiha Gokcen, selepas 4 km akan sampai ke lapangan terbang.

Melalui Lebuhraya E-5 dari Ankara, selepas persimpangan Limbungan Kaynarca, ikut papan tanda arah ke Sabiha Gokcen, selepas 7 km akan sampai ke lapangan terbang. Dari arah Istanbul, selepas Jambatan Tuzla, ikut papan tanda arah ke Sabiha Gokcen, selepas 7 km akan sampai ke lapangan terbang[3]

Bas[sunting | sunting sumber]

  • Havataş

Perkhidmatan disediakan di Stesen Bas Kadıköy di sebelah Asia dan di Taksim di sebelah Eropah.

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Syarikat penerbangan dan destinasi keluar[4]
Syarikat penerbangan Destinasi
Pegasus Airlines Adana, Almaty, Amasya-Merzifon, Amsterdam, Ankara, Antalya, Athens, Baku, Barcelona, Basel, Batumi, Batman, Beirut, Belgrade, Berlin, Bishkek, Bodrum, Bologna, Brussel, Bucharest, Cologne, Copenhagen, Dalaman, Denizli, Diyarbakir, Doha, Donetsk, Dubai, Dusseldorf, Elazığ, Erzincan, Erzurum, Gaziantep, Hatay, Hopa, Izmir, Kahramanmaraş, Kayseri, Kharkiv, Krasnodar, Konya, Kütahya, London, Lviv, Malatya, Marseille, Munich, Muş, Nevşehir, Nicosia, Nuremberg, Omsk, Paris, Pristina, Rome, Samsun, Şanlıurfa, Sarajevo, Sivas, Skopje, St.Etienne, Stockholm, Stuttgart, Tbilisi, Tirana (bermula 2 September), Tehran, Tel Aviv, Trabzon, Van, Vienna, Zurich
transavia.com Amsterdam, Eindhoven, Rotterdam
Turk Hava Yolları (oleh Turkish Airlines) Amsterdam, Ankara, Antalya, Dusseldorf, Hamburg, Izmir, Kiev, Kuwait, London, Milan, Nicosia, Paris, Tbilisi, Tehran, Vienna
Azerbaijan Airlines Baku
Easyjet Basel, London
Lufthansa Berlin
Germania Berlin, Dusseldorf, Hamburg, Hannover
Wizz Air Budapest (bermula 2 Ogos 2013)
Air Arabia melalui Air Arabia Maroc Casablanca
Air Arabia Sharjah
SunExpress Antalya, Cologne, Dortmund, Dusseldorf, Frankfurt, Izmir, Munich, Stuttgart
Flydubai Dubai
Groznyy Avia Airlines Grozny, Makhachkala, Vladikavkaz
Germanwings Hamburg,
Nasair Jeddah, Madinah
Atlasjet Iğdır, Jeddah, Kars, Madinah, Mykonos, Van
Jazeera Airlines Kuwait
Kuwait Airlines Kuwait
Rusline Makhachkala, Mineralye Vody, Volgograd
BoraJet Balıkesir-Koca Seyit, Denizli, Gökçeada, Mykonos, Tokat
Saratov Airlines Nalchik
Air Baltic Riga
Syphax Airlines Sfax
Aironix Airlines Simferopol
AnadoluJet Adana, Ankara, Diyarbakir, Elazığ, Erzurum, Gaziantep, Hatay, Kars, Kayseri, Mardin, Samsun, Sivas, Trabzon, Van

Statistik penumpang[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan statistik penumpang[5]

Statistik penumpang
Tahun Jumlah penumpang domestik Jumlah penumpang antarabangsa Jumlah penumpang
2001 11,924 35,543 47,377
2002 2,975 127,302 130,277
2003 2,826 154,346 157,172
2004 10,323 235,278 245,601
2005 559,824 459,922 1,019,746
2006 2,153,561 762,893 2,916,454
2007 2,563,283 1,228,342 3,791,265
2008 2,789,743 1,568,967 4,358,710
2009 4,547,673 2,092,285 6,640,230
2010 7,665,021 3,933,005 11,598,026
2011 9,117,049 4,571,930 13,688,979
2012 9,752,385 5,120,525 14,872,910
2013 12,029,274 6,813,166 18,842,440

Anugerah yang diterima[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan anugerah yang diterima dari tahun ke tahun [1]:

  • 2010
  1. Lapangan Terbang Terbaik oleh Kongres Penerbangan Tambah Rendah Dunia.
  2. Laman sesawang lapangan terbang terbaik berdasarkan pilihan orang awam oleh Golden Spider dalam kategori Pelancongan.
  3. Anugerah Pelaburan Dalam Pelancongan Terbaik Turki 2010
  4. Anugerah Pertumbuhan Trafik Udara terbaik oleh anna.aero
  5. Anugerah Penghargaan dari Routes Europe untuk kategori Wilayah Mediterannean dan Eropah Selatan.
  • 2011
  1. Anugerah Penghargaan dari Routes Europe untuk kategori Wilayah Mediterannean dan Eropah Selatan.
  2. Anugerah Pertumbuhan Trafik Udara terbaik oleh anna.aero
  3. Anugerah Reka Bentuk Besi Eropah oleh Konvensyen Eropah untuk Pembinaan Struktur Besi
  4. Anugerah Hartanah Antarabangsa
  • 2012
  1. Skalite 2012 - Anugerah Kualiti Pelancongan
  2. Superbrands 2012
  3. Anugerah Kualiti Komitmen Dunia
  4. Anugerah Lapangan Terbang Terbaik oleh Majalah Voyager
  5. Anugerah Pemasaran Terbaik dari Routes Europe untuk kategori Wilayah Mediterannean dan Eropah Selatan.
  • 2013
  1. Anugerah Lapangan Terbang Terbaik oleh Majalah Voyager
  2. Anugerah Paparan Maklumat Penerbangan Paling Mesra Pengguna
  3. Anugerah untuk penambahan laluan yang paling berkembang oleh anna.aero
  4. Anugerah 10 kerjasama sektor awam dan swasta terbaik untuk syarikat operator lapangan terbang oleh IFC (Perbadanan Kewangan Antarabangsa, Kumpulan Bank Dunia)
  • 2014
  1. Anugerah Pertumbuhan Trafik Udara Terbaik oleh anna.aero

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]