Mustafa Kemal Atatürk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mustafa Kamal Ataturk)
Lompat ke: pandu arah, cari
Mustafa Kemal Atatürk
Mustafa Kemal Ataturk looking through a train window over Turkish flag.jpg

Presiden Republik Turki
Tempoh jawatan
Oktober 29, 1923 – November 10, 1938
Diganti oleh İsmet İnönü

Perdana Menteri Republik Turki
Tempoh jawatan
3 Mei 1920 – 24 Januari 1921
Diganti oleh Fevzi Çakmak

Ahli Speaker Parlimen Republik Turki
Tempoh jawatan
1920 – 1923
Diganti oleh Ali Fethi Okyar

Pemimpin Parti Republikan Rakyat Turki
Tempoh jawatan
1921 – 1938
Diganti oleh Ali Fethi Okyar

Lahir 12 Mac 1881
Empayar Turki Uthmaniyyah Selânik (Thessaloniki)
Meninggal dunia 10 November 1938
Turki Istana Dolmabahçe, Istanbul
Bangsa Turki
Parti politik Parti Republikan Rakyat Turki
Pasangan Lâtife Uşaklıgil (192325)
Tandatangan

Mustafa Kemal Atatürk (12 Mac 1881 - 10 November 1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.

Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Uthmaniyyah. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, Beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'. Selepas menjatuhkan khalifah, Kemel Ataturk telah melaksanakan polisi kebangsaan dan sistem sekular. Beberapa perkara yang dijalankan semasa pemerintahannya seperti membaharui semula sistem perundangan Turki dengan undang-undang berdasarkan sistem perundangan Barat, mengharamkan pemakaian tarbush (fez), dan tulisan Arab ditukarkan ke Latin. Polisinya menukar abjad Turki kepada tulisan rumi membuahkan hasil yang positif, kerana abjad Arab dikatakan kurang sesuai dengan bahasa Turki yang mengandungi beberapa bunyi yang tidak didapati dalam bahasa Arab. Namun begitu, polisi menukar azan ke bahasa Turki hanya bertahan beberapa tahun sahaja kerana mendapat bantahan rakyat Turki.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik (Thessaloniki, Greece). Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.

Apabila berusia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir (kini Bitola, Republik Macedonia). Ataturk menyertai Akademi Tentera Uthmaniyyah di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang Khilafah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Rujukan[sunting | sunting sumber]