Istanbul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: Format argumen tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah

Flag of Turkey.svgIstanbul
Hagia Sophia
Hagia Sophia
Lokasi di Turki
Istanbul Turkey Provinces locator.gif
Gambaran Keseluruhan
Wilayah Wilayah Marmara, Turki
Wilayah Wilayah Istanbul
Jumlah penduduk 10,291,102 [1] (2007)
Keluasan 1,538.77 km²
Kepadatan penduduk 6,521 orang/km²
Ketinggian 100 m
Koordinat 41.01°′ U 28.98°′ T
Kod pos 34010 - 34850 dan
80000 - 81800
Kod kawasan (+90) 212 (bahagian Eropah)
(+90) 216 (bahagian Asia)
Plat nombor Turki 34
Datuk Bandar Kadir Topbaş (Parti Keadilan dan Pembangunan)
Laman web Kawasan Perbandaran Metropolitan Istanbul
Gabenor Muammer Güler
Laman web Gabenor Portal Istanbul

Istanbul (B. Turki: İstanbul, B. Greek: Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis) ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Golden Horn (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.

Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrace) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:

  1. Empayar Rom (330-395);
  2. Empayar Rom Timur (395-1453); dan
  3. Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).

Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.

Menurut banci 2000, jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang di kawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar di Eropah. Anggaran banci pada 20 Julai 2005 sebanyak 11,322,000 orang untuk kawasan metropolitannya telah menjadikan Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buah kawasan metropolitan terbesar di dunia. Bandar raya ini dipilih sebagai Ibu Negara Kesenian Eropah pada 2010 (bersama Pécs, Hungary dan Essen, Jerman).


Nama-nama lain[sunting | sunting sumber]

Bandar raya Istanbul telah diberikan berbagai-bagai nama pada sepanjang sejarahnya, bergantung kepada kebudayaan, bahasa, dan agama raja-rajanya. Byzantium, Constantinople, dan Stamboul adalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. Antara lain, it juga dipanggil "Rom Baru" atau "Rom Kedua" kerana Constantine Agung, Maharaja Rom, mengasaskan kota ini di atas tapak Byzantium, kota Yunani, sebagai ibu negara yang kedua, ibu kota Kristian untuk Empayar Rom, berbanding dengan Rome yang umumnya bersifat jahiliah. [2]

Istanbul telah diberikan nama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit" semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantine di atas tujuh buah bukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalam jata bandar raya melalui tujuh buah masjid. [3] Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialah Vasileousa Polis (Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjang Zaman Pertengahan.

Melalui sebuah edik pada 28 Mac 1930, pihak berkuasa Turki secara rasmi meminta orang asing supaya jangan merujuk kepada Istanbul dengan nama-nama tradisional yang bukan Turki, umpamanya Constantinople, tetapi menggunakan nama "Istanbul" sebagai nama yang tunggal dalam semua bahasa asing. [4]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Iklim sederhana

Nuvola apps kweather.svg Suhu dan kerpasan purata untuk Istanbul, 800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki Weather-rain-thunderstorm.svg
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °C (°F) 18.3
(65)
24.0
(75)
26.2
(79)
32.9
(91)
33.0
(91)
40.2
(104)
40.5
(105)
38.8
(102)
33.6
(92)
34.2
(94)
27.2
(81)
21.2
(70)
40.5
(105)
Suhu tinggi purata °C (°F) 8.7
(48)
9.1
(48)
11.2
(52)
16.5
(62)
21.4
(71)
26.0
(79)
28.4
(83)
28.5
(83)
25.0
(77)
20.1
(68)
15.3
(60)
11.1
(52)
18.4
(65)
Suhu rendah purata °C (°F) 2.9
(37)
2.8
(37)
3.9
(39)
7.7
(46)
12.0
(54)
16.0
(61)
18.5
(65)
18.7
(66)
15.5
(60)
12.0
(54)
8.5
(47)
5.3
(42)
10.3
(51)
Rekod terendah °C (°F) -10.4
(13)
-16.1
(3)
-7.0
(19)
-0.6
(31)
3.6
(38)
8.0
(46)
10.5
(51)
8.2
(47)
5.2
(41)
1.0
(34)
-4.0
(25)
-9.4
(15)
-16.1
(3)
Kerpasan mm (inci) 98.4
(3.9)
80.2
(3.2)
69.9
(2.8)
45.8
(1.8)
36.1
(1.4)
34.0
(1.3)
38.8
(1.5)
47.8
(1.9)
61.4
(2.4)
96.9
(3.8)
110.7
(4.4)
123.9
(4.9)
843.9
(33.2)
Sumber: Pertubuhan Meteorologi Sedunia (PBB)[5] Devlet Meteoroloji İşleri Genel Müdürlüğü (DMİ)[6][7] dan BBC Weather Centre[8] 24 Juni 2010

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

Istanbul mempunyai 45 buah bandar kembar:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. World Gazetteer - Istanbul
  2. R. Krautheimer, "Three Christian Capitals: Topography and Politics". Berkeley, 1983
  3. Prof. Dr. Murat Belge. "Kültür Haritaları Serisi" (dalam bahasa Turkish). National Geographic Türkiye. Diperoleh pada 2007-01-16. 
  4. Stanford dan Ezel Shaw (1977): History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge, Jilid II, m.s. 386; Robinson (1965), The First Turkish Republic, m.s. 298
  5. "Weather Information for Istanbul".  Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  6. "Yıllık Toplam Yağış Verileri - İstanbul".  Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  7. "Ölçülen En Düşük Sıcaklıklar (Lowest Recorded Temperatures): 30.01.2012 06:00 - 31.01.2012 06:00 (UTC) - İstanbul".  Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  8. "BBC - Weather Centre - World Weather - Average Conditions - Istanbul". Diarkibkan daripada asal pada 2006-05-18.  Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]