Lasminingrat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raden Ayu Lasminingrat
Kelahiran(1854-03-29)29 Mac 1854
Meninggal dunia10 April 1948(1948-04-10) (umur 94)
Garut
Terkenal keranaPerjuangan wanita dan pendidikan
PasanganRaden Tamtu[note 1]
Raden Adipati Aria Wiratanudatar VII
Anak-anakRaden Ayu Mojaningrat
Ibu bapaRaden Haji Muhamad Musa
Raden Ayu Ria
SaudaraNyi Raden Ratnaningrum
Nyi Raden Lenggang Kencana
Raden Kartawinata,
Raden Haji Zaenal Asikin

Raden Ayu Lasminingrat (lahir di Garut, 29 Mac 1854 – meninggal di Garut, 10 April 1948 pada umur 94 tahun) ialah seorang pelopor kemajuan wanita Sunda, dan pengasas Sakola Kautamaan Isteri.[1][2]

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Raden Ayu Lasminingrat ialah anak perempuan sulung pasangan Raden Haji Muhamad Musa dengan Raden Ayu Ria, seorang penghulu sekali gus sasterawan sunda.[3] Ketika zaman penjajah, pendidikan kepada warga tempatan dengan poltik beretika belumlah menjadi hak asasi warga Nusantara, terutamanya kaum perempuan, dan atas kesedaran pentingnya pendidikan, maka Raden Haji Muhamad Musa menubuhkan sekolah Eropah (Bijzondere Europeesche School) dengan menggaji dua orang guru Eropah.

Di sekolah ini, orang Eropah (Belanda) dapat bersekolah bersama-sama dengan kanak-kanak peribumi, serta pelajar lelaki bercampur dengan perempuan. Terdapat pula yang menyebutkan Kontrolir Levisan atau Levyson Norman, seorang setiausaha Jendral Kerajaan Hindia Belanda menjadi kenalan baik sang ayah yang mengasuh Lasminingrat sehingga mahir dalam menulis dan berbahasa belanda.[4]

Bahan pembelajaran berupa membaca, menulis, bahasa Belanda, dan umumnya mengenai kebudayaan Barat. Dari pengalaman didikan langsung tersebut, Lasminingrat mempunyai angan jauh ke hadapan serta bercita-cita, sama halnya dengan Dewi Sartika atau Kartini di kemudian hari, untuk memajukan peranan dan kesetaraan darjah wanita Nusantara.

Melalui ini, kemampuan Raden Ayu Lasminingrat dalam berbahasa Belanda sangat fasih, malah Karel Frederik Holle, seorang pentadbir di Ladang Teh Waspada, Cikajang, memujinya. Pujian itu dinyatakan dalam surat Holle kepada P. J. Veth, antara lain menyebutkan Bahawa: “Anak perempuan penghulu yang menikah dengan Bupati Garut, menyadur dengan tepat cerita-cerita dongeng karangan Grimm, cerita-cerita dari negeri dongeng (Oleg Goeverneur), dan cerita-cerita lainnya ke dalam bahasa Sunda.”[5][7]

Tahun 1879, Lasminingrat mendidik kanak-kanak melalui buku bacaan berbahasa Sunda, pendidikan moral, agama, ilmu alam, psikologi dan sosiologi. Beliau sisipkan daripada cerita yang disadur dari bahasa asing yang disesuaikan dengan kebudayaan Sunda dan bahasa yg mudah difahami.[note 2]

Langkah seterusnya, pada 1907, Lasminingrat menubuhkan Sakola Kautamaan Isteri di persekitaran Ruang Gamelan, Pendopo Garut. Pada awalnya, ia dibuka terhad bagi persekitaran para priyayi atau bangsawan tempatan sahaja dengan jirim pelajaran berupa baca, tulis, dan pemberdayaan perempuan. Selain itu, Lasminingrat rajin membuat karya tulisan seperti Warnasari (jilid 1 & 2).

Lasminingrat menikah dengan Raden Adipati Aria Wiratanudatar VII, Bupati Garut. Lasminingrat menghentikan aktiviti kepengarangannya. Beliau lalu berkonsentrasi di bidang pendidikan bagi kaum perempuan Sunda. Selanjutnya, pada 1911, sekolah tersebut pindah ke Jalan Ranggalawe. Tidak disangka, pada 1911, sekolahnya berkembang. Jumlah muridnya mencapai 200 orang, dan lima kelas dibangun di sebelah pendopo. Sekolah ini akhirnya mendapatkan pengesahan dari kerajaan Hindia belanda pada 1913 melalui akta nombor 12 tertanggal 12 Februari 1913. Pada 1934, cabang-cabang Keutamaan Isteri dibangun di bandar Wetan Garut, Bayongbong, dan Cikajang.[8] Tahun 1912, Lasminingrat menubuhkan kembali Sakola Isteri kepada kaum perempuan dimana letak dan bangunannya sekarang dipakai SMA Negeri 1 Garut, sebelah timur alun.

Pihak kerajaan kolonial menganggap jasa dan peranan Lasminingrat besar dalam membina pendidikan untuk kaum tempatan, dan diberi anugerah dan pampasan tetap bulanan selama mengajar. Seiring dengan pergantian nama Kabupaten Limbangan menjadi Kabupaten Garut Tahun 1913. Dua tahun selepas pergantian nama, R. A. A. Wiratanudatar VIII bersara, selepas menjadi bupati sejak tahun 1871. Jawatan Bupati Garut kemudian dipangku oleh R. A. A. Suria Kartalegawa, yang masih terhitung keponakannya.

Akhirnya Raden Ayu Lasmingrat pindah dari pendopo ke sebuah rumah di Regensweg (sekarang Jalan Siliwangi). Rumah yang besar ini sekarang menjadi Yogya Department Store. Sehingga usia 80 tahun, beliau masih aktif, walaupun tidak langsung dalam dunia pendidikan. Pada masa pendudukan Jepang, Sakola Kautamaan Isteri itu diganti namanya menjadi Sekolah Rakyat (SR) dan mula menerima pelajar lelaki. Sejak 1950, SR tersebut berubah menjadi SDN Ranggalawe I dan IV yang dikelola Kolej Pendidikan dan Kebudayaan Kabupaten Daerah Peringkat II Garut. Pada 1990-an sehingga kini, sekolah itu berubah menjadi SDN Regol VII dan X.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Lasminingrat meninggal 10 April 1948 dalam usia 94 tahun dan kemudian dikebumikan di belakang Masjid Agung Garut.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Carita Erman (1875), Tjarita Erman merupakan terjemahan dari Christoph von Schmid. Buku ini dicetak sebanyak 6,015 naskhah. Pada 1911, ia dicetak ulang dalam aksara Jawa, dan pada 1922 pula dalam tulisan Rumi. Selanjutnya pada tahun 1919, ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh M.S Cakrabangsa.
  • Warnasari jilid 1 (1876). Judul Warnasari atawa Roepa-roepa Dongeng Jilid I. Buku ini ditulis dalam aksara Jawa, merupakan hasil terjemahan dari tulisan Marchen von Grimm dan JAA Goeverneur, iaitu Vertelsels uit het wonderland voor kinderen, klein en groot (1872) dan beberapa cerita Eropah lainnya.
  • Warnasari jilid 2 (1887).

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Raden Tamtu, anak Bupati Sumedang Pangeran Sugih atau Pangeran Suria Kusumah Adinata. Dari perkahwinan ini namanya ditukar kepada Raden Ayu Lasminingrat. Akan tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama kerana Raden Tamtu meninggal dunia.
  2. ^ Selain itu, dalam karya beliau cuba menanamkan rasionalisme dalam dunia peribumi yang masih mempunyai sifat tradisional yang diwarnai dengan khurafat. Tidak hanya itu, Raden Ayu Lasminingrat juga mengemukakan soal pengetahuan dasar, baik tentang pengetahuan alam yang sangat mendasar tentang sumber air (mata air, hujan), tentang cahaya (matahari dan pelita), tumbuh-tumbuhan, termasuk cara mengajarkan perihal ketuhanan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pepih Nugraha (5 Julai 2011). Nugraha, Pepih (penyunting). "RA Lasminingrat Pantas Jadi Pahlawan". Kompas.com. Kompas.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-13. Dicapai pada 22 September 2015.
  2. ^ Mansy (2 April 2010). Radja, Aditia Maruli (penyunting). ""Kumpulan Dongeng" Lasminingrat Tersimpan di Belanda". ANTARA News. AntaraNews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-13. Dicapai pada 22 September 2015.
  3. ^ Fouristian, Bambang (20 April 2015). "RA Lasminingrat Tokoh Perempuan Intelektual Pertama Sebelum RA Kartini Dan Dewi Sartika". FokusJabar.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-13. Dicapai pada 12 Julai 2015.
  4. ^ "Pelopor Penulis Wanita: Lasminingrat". IndonesiaSetara.Org. April 19, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-13. Dicapai pada 22 September 2015.
  5. ^ Moriyama 2005.
  6. ^ a b Sastrawiguna, Oky Lasmini (28 Mac 2012). "Garut menjungjung R.A Lasminingrat sebagai Pahlawan". LangitPerempuan.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-06. Dicapai pada 13 Julai 2015.
  7. ^ K. F. Holle memang sangat dekat dengan anak-anak Musa, termasuk dengan Lasminingrat, bahkan tak segan-segan, Lasmingrat “nembang” di depan K. F. Holle, yang kadang dipanggil sebagai “Tuan Kawasa” (Lubis, 1998). Sebaliknya peranan K. F. Holle dalam merevitalisasi bahasa Sunda sangat besar, terbukti dengan menerbitkan buku-buku dalam bahasa Sunda, memberikan dorongan kepada kaum menak untuk menuliskan karya-karya mereka dan menerbitkannya. Dalam buku tersebut diceritakan, Lasmingrat juga terlibat dalam “proyek” menyusun buku-buku pelajaran Sunda dengan diberi biaya f. 1200 dari Pemerintah Belanda.[6]
  8. ^ Hutari, Fandy (19 Disember 2009). "RA Lasminingrat, Tokoh Perempuan Intelektual Pertama". Kompas.com. Kompas.Com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-13. Dicapai pada 13 Julai 2015.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Moriyama, Mikihiro (2005). Semangat Baru: Kolonialisme, Budaya Cetak, dan Kesastraan Sunda Abad ke-19. Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia & The Resona Foundation for Asia and Oceania. ISBN 979-9100-23-2.CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Lubis, Nina H. Kajian tentang perjuangan Raden Ayu Lasminingrat : Dalam rangka pengusulannya sebagai Pahlawan Nasional. Pusat Penelitian Kemasyarakatan & Kebudayaan - Lembaga Penelitian Universitas Pajajaran.
  • Effendie Tp.M.Hs, Deddy. Raden Ajoe Lasminingrat (1854-1948) - Perempuan Intelektual Pertama di Indonesia. CV Studio Proklamasi.
  • Terrarum, O. (2006). West Meets East: Images of China and Japan, 1570 to 1920, Special Collections, De Beer Gallery, Central Library of the University of Otago, 10 February to 26 May 2006. New Zealand Journal of Asian Studies, 8, 122-179.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]